Asal usul virus Covid-19: Amerika beri amaran kepada China

June 21, 2021 · Dunia

Amerika Syarikat (AS) hari ini memberi amaran keras kepada China sama ada menerima permintaan Barat dengan membenarkan siasatan mengenal pasti asal usul Covid-19 diketuai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), atau berdepan boikot masyarakat antarabangsa.

Penasihat Keselamatan Presiden AS Joe Biden, Jake Sullivan memberi amaran itu ketika diwawancara oleh wartawan Fox News Chris Wallace.

Ditanya sama ada Biden ingin menegaskan bahawa kemungkinan penyelidikan kedua mengenai asal usul virus itu mestilah dilakukan oleh penyelidik bebas, Sullivan mengatakan presiden telah meyakinkan sekutu Washington di sidang G7 untuk memberi tekanan kepada Beijing.

“Ini adalah persiapan berat diplomatik – menggerakkan negara-negara di dunia, memberikan tekanan politik dan diplomatik terhadap China. Itu adalah sebahagian inti daripada usaha yang kami lakukan dengan memberi pilihan jelas kepada Beijing,” kata Sullivan.

Beliau berpendapat Beijing diberi ultimatum – baik untuk menyetujui tuntutan dan mengizinkan penyelidik melakukan tugas mencari dari mana asal virus Covid-19 atau menghadapi pemboikotan masyarakat dunia.

Isu berkaitan China banyak dibincangkan oleh kumpulan negara-negara G7, yang terdiri daripada pemimpin AS, United Kingdom, Perancis, Jerman, Itali, Jepun, dan Kanada, serta Kesatuan Eropah pada sidang kemuncak awal bulan ini.

Sebagai tambahan kepada kecaman terhadap China berhubung pelanggaran hak asasi manusia di Xinjiang dan usaha mematahkan demokrasi di Hong Kong, dokumen dikeluarkan G7 juga mendesak siasatan bebas menyeluruh berkaitan asal usul virus Covid-19.

Minat baharu ditunjukkan untuk mengetahui asal usul virus Covid-19 muncul selepas laporan media AS bulan lalu bahawa beberapa penyelidik dari Institut Virologi Wuhan China jatuh sakit dan memerlukan rawatan di hospital beberapa minggu sebelum bermulanya wabak tersebut.

Akhbar The Washington Post dalam laporan eksklusifnya memetik sumber perisikan AS yang tidak didedahkan memaklumkan mengenai kejadian di Wuhan itu.

WHO sebelum ini mengatakan teori kebocoran makmal di Wuhan, China tidak boleh diketepikan dan Beijing harus membantu menyelesaikan misteri dari mana asal virus Covid itu bermula.

Kajian WHO mengenai asal usul virus Covid-19 sebelum ini tidak dapat dilakukan secara telus susulan keengganan Beijing memberi kerjasama.

Beijing mengecam kenyataan G7 yang disifatkannya sebagai ‘pelanggaran serius terhadap norma-norma dasar hubungan antarabangsa’. – Reuters

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Penulis ‘The Satanic Verses’ buta sebelah mata, saraf tangan putus
October 24, 2022
Ujian Covid-19 ketika ketibaan di Thailand dimansuh bermula 1 Mei
April 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok