AS pecah rekod, catat 267,000 kes

December 29, 2021 · Dunia

Rekod kes harian Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) pecah, tatkala dua varian yang sangat menular – Omicron dan Delta – bergabung menyapu negara ‘Uncle Sam’ itu, sekali gus mengganggu percutian dan perhimpunan sambutan Tahun Baharu, serta menyebabkan sistem kesihatannya dalam kritikal.

Ketika tahun ketiga penularan wabak itu semakin hampir di negara itu, mencatat 267,000 jangkitan baharu pada hari Selasa (28 Disember), menurut pangkalan data New York Times, mengatasi rekod sebelum ini sebanyak 251,989 pada 11 Januari lalu.

Rekod baharu itu menyusul hanya sehari selepas Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengurangkan tempoh kuarantin individu dijangkiti Covid-19 daripada 10 hari kepada lima hari.

Perubahan itu dibuat setelah mendapati penularan Omicron memburukkan lagi masalah kekurangan pekerja, sektor perubatan dan pelancongan.

Agensi itu juga tidak mencadangkan ujian pantas dilakukan sebelum seseorang yang dijangkiti Covid-19 meninggalkan pusat kuarantin setelah lima hari, sekali gus pakar epidemiologi dan perubatan memberi amaran bahawa langkah itu akan mencetuskan lebih banyak kes baharu.

Bukti awal, termasuk beberapa laporan dari Afrika Selatan, menunjukkan Omicron menyebabkan gejala yang lebih ringan daripada varian lain, dengan vaksinasi dan penggalak membantu mencegah penyakit serius dan kematian.

Kemasukan ke hospital telah meningkat, dengan purata lebih daripada 71,000 kes setiap hari, tetapi kekal jauh di bawah paras puncak. Walaupun kematian juga meningkat, purata harian 1,243 adalah sebahagian kecil daripada rekod 3,342 yang dilaporkan pada 26 Januari lalu.

Jumlah pesakit yang semakin meningkat juga mengancam dan membebankan hospital di AS, setelah ramai daripada kakitangan kesihatannya turut dijangkiti Covid-19 serta perlu menjalani kuarantin.

Pada Selasa, CDC melaporkan peratusan kes melibatkan varian Omicron jauh lebih rendah daripada keseluruhan kes di AS iaitu kira-kira 23 peratus, sekali gus bermakna varian Delta kekal menjadi dominan sepanjang minggu ini.

Rekod juga dipecahkan di Eropah, tetapi pemimpin Britain, Perancis, Sepanyol dan beberapa negara lain menolak untuk mengenakan sekatan lebih keras bagi mengawal penularan Covid-19, menyetujui pendapat sesetengah pihak bahawa sudah tiba masanya virus itu menjadi endemik.

Negara-negara ini, mempertaruhkan harapan bahawa pemberian vaksin premier dan dos penggalak yang meluas, diikuti langkah pencegahan yang sedang dilaksanakan, adalah mencukupi untuk menghalang penularan Covid-19.

AS juga telah mengambil langkah sama apabila Presiden Joe Biden berulang kali mengatakan bahawa era ‘lockdown’ sudah berakhir dan berjanji untuk meningkatkan ujian saringan, menggandakan kempen vaksinasi, dan membantu hospital

Tetapi pakar kesihatan awam memberi amaran bahawa langkah itu tidak akan mencukupi untuk mencegah jangkitan dan kemasukan ke hospital yang semakin meningkat dalam beberapa minggu akan datang. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok