AS mula arah keluarga kedutaan keluar dari Ukraine

January 24, 2022 · Dunia

Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Ahad mengarahkan keluarga semua kakitangan kedutaannya di Ukraine meninggalkan negara itu, di tengah-tengah kebimbangan yang memuncak kemungkinan pencerobohan Russia.

Jabatan itu memberitahu keluarga kakitangan di Kedutaan AS di Kyiv bahawa mereka mesti meninggalkan negara itu, manakala kakitangan yang tidak penting boleh meninggalkan Ukraine dan akan ditanggung oleh kerajaan.

Arahan itu dikeluarkan tatkala ketegangan semakin memuncak mengenai penempatan tentera Russia di sempadan Ukraine setelah rundingan Setiausaha Negara Antony Blinken dan Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov di Geneva, Jumaat lalu gagal mencapai kata putus.

Pegawai Jabatan Negara menegaskan kedutaan Kyiv akan tetap dibuka dan pengumuman itu tidak bermaksud pemindahan. Tindakan itu telah dipertimbangkan untuk beberapa lama dan tidak mencerminkan kelonggaran sokongan AS untuk Ukraine, kata pegawai itu.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Negara menjelaskan laporan terkini bahawa Russia sedang merancang tindakan ketenteraan yang signifikan terhadap Ukraine.

Bagaimanapun, Kementerian Luar Russia telah menuduh negara-negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) meningkatkan ketegangan di sekitar Ukraine dengan maklumat yang salah.

Jabatan Negara menambah: “Keadaan keselamatan, terutamanya di sepanjang sempadan Ukraine, di Crimea yang diduduki Russia, dan di timur Ukraine yang dikawal Russia, tidak dapat diramalkan dan boleh merosot dengan notis singkat. Demonstrasi, yang kadang-kala bertukar menjadi ganas, kerap berlaku di seluruh Ukraine, termasuk di Kyiv.”

“Jangan pergi ke Ukraine kerana peningkatan ancaman tindakan ketenteraan Rusia dan Covid-19. Sentiasa berhati-hati di Ukraine kerana jenayah dan pergolakan awam. Risiko di beberapa kawasan telah meningkatkan.” Nasihat jabatan itu berhubung amaran perjalanan ke negara berkenaan.

Nasihat perjalanan ke atas Russia juga diubah: “Jangan pergi ke Russia kerana ketegangan yang berterusan di sepanjang sempadan dengan Ukraine, potensi gangguan terhadap warga AS, keupayaan terhad kedutaan untuk membantu warga AS di Russia, Covid-19 dan isu berkaitan sekatan, keganasan, gangguan oleh pegawai keselamatan Russia, dan penguatkuasaan undang-undang tempatan yang sewenang-wenangnya.” – AP

Berita berkaitan
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023· Politik
Penyanyi rap dibayar AS$100 juta bantu Jho Low henti siasatan AS
April 21, 2023· Isu semasa
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok