AS lepasi 50 juta kes positif Covid-19

December 16, 2021 · Dunia

Amerika Syarikat (AS) sudah melepasi lebih 50 juta kes jangkitan Covid-19 sejak wabak itu mula dikesan di negara ‘Uncle Sam’ itu hujung 2019 lalu.

Sementara, lebih 800,000 penduduk AS terkorban akibat virus itu yang disifatkan sebagai angka korban paling tertinggi direkodkan pada peringkat global.

Angka itu merupakan jauh lebih besar meliputi keseluruhan penduduk di beberapa wilayah termasuk di Washington, Boston, North Dakota dan Alaska.

Pakar epidemiologi dari Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health, Dr Keri Althoff memaklumkan kebanyakan kes kematian melibatkan individu yang tidak divaksin dan golongan warga emas.

Tambahnya, lebih ramai penduduk AS yang terkorban akibat jangkitan Covid-19 pada tahun ini berbanding 2020.

“Gelombang jangkitan yang sedang kita lalui kini akan berterusan sehingga semua populasi mencapai tahap imuniti yang cukup tinggi untuk melawan virus ini.

“Apa yang boleh dikatakan adalah, kita masih tidak mencapai peringkat itu lagi,” jelasnya.

Untuk rekod, sejak vaksin Pfizer mula diberikan kepada rakyat pada musim sejuk lalu, lebih 300,000 lagi kematian dilaporkan.

Sejak April lalu, dua lagi vaksin Covid-19 keluaran Moderna dan Johnson & Johnson sudah diluluskan untuk penggunaan kecemasan. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok