AS lakukan pemindahan buah pinggang babi kepada manusia

October 20, 2021 · Dunia

Pakar bedah Amerika Syarikat (AS) mendakwa berjaya melaksanakan pembedahan memindahkan buah pinggang daripada babi kepada manusia.

Hasil transplantasi yang pertama kali dilakukan itu berjaya tanpa menunjukkan reaksi penolakan segera dari sistem imun badan penerima.

Prosedur tersebut dilaksanakan di NYU Langone Health melibatkan pengubahsuaian gen babi bagi memastikan sel tisu haiwan tersebut tidak mengandungi molekul yang boleh membuatkan penolakan segera.

Menurut penyelidik, keluarga penerima buah pinggang itu, yang merupakan pesakit mati otak dan mempunyai tanda-tanda kerosakan buah pinggang sudah bersetuju untuk menjalankan eksperimen tersebut.

Dr. Robert Montgomery yang mengetuai kajian tersebut menjelaskan buah pinggang baharu itu dicantumkan selama tiga hari pada saluran darah dan berada di luar tubuh badan pesakit bagi memberikan akses kepada penyelidik untuk melakukan kajian itu.

Jelasnya lagi, hasil kajian terhadap fungsi buah pinggang yang dipindahkan itu menunjukkan ianya ‘berfungsi dengan baik’.

“Buah pinggang babi itu menghasilkan jumlah kapasiti air kencing yang diharapkan daripada pemindahan buah pinggang manusia.

“Tiada bukti penolakan awal apabila buah pinggang babi itu dipindahkan ke primat bukan manusia,” jelas Robert.

Kejayaan itu sekali gus menunjukkan potensi besar bagi membantu untuk mengatasi isu kekurangan organ manusia untuk proses transplantasi.

Tambahnya, penyelidik juga turut berkerjasama dengan pakar etika perubatan, undang-undang dan keagamaan untuk memeriksa proses pemindahan buah pinggang babi itu sebelum meminta kebenaran keluarga bagi akses sementara kepada pesakit yang mati otak.

Sehingga kini, di AS terdapat hampir 107,000 orang yang sedang menunggu untuk proses pemindahan organ, termasuk dengan lebih 90,000 orang sedang menunggu untuk proses pemindahan buah pinggang.

Menurut United Network for Organ Sharing, proses menunggu giliran bagi pemindahan organ buah pinggang mengambil tempoh lebih dari tiga ke lima tahun.

Sejak beberapa puluh tahun lalu, penyelidik dari AS sedang berusaha untuk mengkaji kemungkinan untuk menggunakan organ haiwan untuk menggantikan organ manusia melalui pemindahan, walaupun terdapat kegagalan untuk mencegah penolakan segera dari tubuh badan manusia.

Melalui teori pasukan Montgomery mendapati dengan mengubahsuai gen babi ke badan manusia yang menghasilkan karbohidrat akan menghalang isu penolakan segera tersebut. – Agensi

Berita berkaitan
Menteri jadi K-Pop dan kayuh basikal, apa produk kerajaan madanon ini? soal Sanusi
July 12, 2023· Politik
Mat Sabu dijadual jalani pembedahan apendiks malam ini
June 16, 2023· Isu semasa
‘Saya tak akan minta maaf kerana sampaikan suara pencarum KWSP’
April 7, 2023· Isu semasa
ASF: Kerajaan PH-BN bincang beri pampasan kepada penternak babi
February 20, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok