AS jual pangsapuri anak tiri Najib di New York

June 5, 2021 · Dunia

Kerajaan Amerika Syarikat (AS) telah menjual pangsapuri yang dirampas daripada anak tiri Datuk Seri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz di tengah kota New York pada harga AS$16.8 juta, lapor New York Times (NYT).

Langkah itu adalah sebagai pertukaran penerbit filem Hollywood ‘The Wolf of Wall Street’ itu untuk menggugurkan pertuduhan pengubahan wang haram terhadap dirinya.

Penjualan pangsapuri mewah di 15 West 63rd Street itu dipercayai adalah antara penjualan semula hartanah kediaman yang paling mahal pernah direkodkan.

NYT melaporkan sebuah pangsapuri tiga bilik di 220 Central Park South – bangunan kediaman termahal di New York – dijual pada harga AS$33 juta.

Pada 14 Mei tahun lalu, Riza dibebaskan tanpa dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dengan syarat dia melepaskan aset berjumlah AS$108 juta, wang tunai kira-kira AS$14 juta – kedua-duanya didakwa berkaitan dengan dana yang dicuri dari 1Malaysia Development Bhd (1MDB) – serta membayar denda mebhikur Seksyen 92 Akta 613, berjumlah RM500,000.

Pada tahun 2012, Riza dilaporkan membayar harga AS$33.5 juta untuk pembelian hartanah itu, dipercayai menggunakan dana 1MDB. – NYT

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok