AS hantar kapal perang ke Kepulauan Paracel

July 13, 2021 · Dunia

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken sekali lagi menegaskan komitmen negaranya untuk mempertahankan angkatan bersenjata Filipina daripada serangan di Laut China Selatan, di bawah perjanjian pertahanan bersama selama 70 tahun.

Penegasan Blinken dibuat tatkala meraikan ulang tahun kelima keputusan tribunal antarabangsa yang menolak tuntutan China untuk memperluaskan wilayah kedaulatannya ke atas Laut China Selatan.

Pada masa sama AS menghantar kapal pemusnah peluru berpandu USS Benfold belayar berhampiran Kepulauan Paracel di barat laut Laut China Selatan hari ini.

Ketegangan di wilayah Laut China Selatan, yang turut dituntut Brunei, Malaysia, Taiwan, Filipina dan Vietnam, memuncak tahun ini apabila Manila menuduh Beijing menakut-nakutkan pengawal pantainya, selain menghantar ‘militan maritim’ untuk mengepung kapal nelayan Filipina.

Blinken mengatakan bahawa AS boleh meminta pakatan pertahanan bersama AS-Filipina sekiranya berlaku tentera China bertindak terhadap aset Filipina di rantau ini.

“Kami juga menegaskan bahawa serangan bersenjata terhadap tentera Filipina, kapal awam, atau pesawat udara di Laut China Selatan akan mengundang komitmen pertahanan bersama AS di bawah Artikel IV Perjanjian Pertahanan Bersama AS-Filipina 1951,” katanya.

Blinken juga meminta Beijing ‘mematuhi kewajipannya berdasarkan undang-undang antarabangsa (dan) menghentikan tindakan provokatif’ di Laut China Selatan.

Pada 2016 lalu Mahkamah Timbang Tara di The Hague menolak tuntutan China ke atas Laut China Selatan, sambil menegaskan China telah melanggar kedaulatan Manila melalui aktiviti seperti pembinaan pulau di zon ekonomi eksklusif Filipina (EEZ).

Beijing bagaimanapun menolak keputusan pengadilan itu dan terus membangun dan memperkukuhkan kedudukan ketenteraannya di Laut China Selatan.

China mendakwa AS dan negara-negara lain meningkatkan ketegangan di rantau ini dengan mengirim kapal perang mereka ke sana yang melanggar kedaulatannya.

Washington bagaimanapun menegaskan kehadiran angkatan lautnya di Laut China Selatan menyokong kebebasan pelayaran di bawah undang-undang maritim antarabangsa.

Memperkukuhkan pendiriannya, AS menghantar kapal pemusnah peluru berpandu USS Benfold melakukan pelayaran bebas operasi navigasi (FONOP) berhampiran Kepulauan Paracel hari ini, kata Armada ke-7 Tentera Laut AS dalam satu kenyataan.

Kepulauan Paracel yang dirujuk China sebagai rangkaian Xisha, turut dituntut oleh Vietnam dan Taiwan, tetapi Beijing sudah mengawalnya sejak 1970-an

Jurucakap Tentera Laut AS, Leftenan Mark Langford pelayaran USS Benfold itu adalah sebagai mencabar tuntutan ketiga-tiga negara ke atas Kepulauan Paracel.

“Pelayaran bebas ini untuk menegakkan hak dan menggunakan lautan yang sah mengikut undang-undang antarabangsa. Ia sekali gus mencabar larangan yang tidak sah dikenakan oleh China, taiwan dan Vietnam,” katanya. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok