AS gantung bantuan kepada Sudan

October 26, 2021 · Dunia

Amerika Syarikat (AS) semalam menggantung semua bantuan ekonomi berjumlah AS$700 juta kepada Sudan susulan tindakan tentera negara itu merampas kuasa dan menahan Perdana Menteri, menteri dan penjawat awam.

“AS mengecam tindakan tentera Sudan yang merampas kuasa,” kata jurucakap Jabatan Negara, Ned Price semasa sesi taklimat media.

“Penahanan pegawai kerajaan awam dan pemimpin politik lain, termasuk Perdana Menteri, Abdalla Hamdok, akan menjejaskan proses peralihan negara itu kepada pemerintahan awam yang demokratik.

“Melalui perkembangan itu, AS sudah menghentikan bantuan AS$700 juta daripada peruntukan bantuan kecemasan untuk dana sokongan ekonomi kepada Sudan,” tambahnya.

Ned Prince turut menggesa tentera Sudan supaya membebaskan segera semua pegawai yang ditahan, bagi memulihkan sepenuhnya kerajaan peralihan yang diketuai orang awam dan untuk menggelakkan kekerasan penunjuk perasaan.

Semalam, Ketua Majlis Tertinggi Sudan, Jeneral Abdul Fattah al-Burhan merampas kuasa, sekali gus membubarkan kerajaan peralihan tentera dan awam.

Beliau turut memerintahkan tentera menangkap Abdalla serta beberapa menteri lain, sebelum mengisytiharkan darurat di seluruh negara itu.

Sebelum ini, kerajaan peralihan dibentuk dengan Abdalla dilantik menjadi Perdana Menteri setelah Presiden Omar Hassan al-Bashir, yang memerintah selama 30 tahun, digulingkan dan dipenjara. – Agensi

Berita berkaitan
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024· Politik
Kerajaan sedar tak rakyat sedang tertekan hari ini? soal Senator UMNO
December 13, 2023· Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Kejatuhan ‘rating’ Anwar juga disumbang kegagalan Rafizi, kata penganalisis
November 25, 2023· Politik
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok