AS dakwa empat pegawai Belarus ‘rampas pesawat’ Ryanair

January 21, 2022 · Dunia

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) mendakwa empat pegawai Belarus kerana memaksa pesawat Ryanair mendarat dengan membuat ancaman bom palsu, bertujuan menahan seorang wartawan, Raman Pratasevich dan teman wanitanya, yang berada di atas pesawat itu.

Bagaimanapun, menurut dakwaan, ancaman bom itu adalah tipu helah semata-mata.

Dua pegawai tinggi pihak berkuasa penerbangan dan dua pegawai keselamatan dituduh bersubahat untuk ‘merampas’ pesawat selepas didakwa mengambil bahagian dalam ancaman bom palsu bagi memaksa penerbangan itu mendarat di Minsk pada Mei 2021.

Empat pegawai itu – Leonid Mikalaevich Churo, ketua pengarah Belaeronavigatsia Republican Unitary Air Navigation Services Enterprise; Oleg Kazyuchits, timbalan ketua pengarah Belaeronavigatsia; dan dua pegawai perkhidmatan keselamatan Belarus, Andrey Anatolievich Lnu dan Fnu Lnu – masing-masing menghadapi satu pertuduhan konspirasi untuk melakukan ‘rampasan pesawat’.

Belarus dituduh merancang mengalihkan penerbangan itu bagi membolehkan rejim pimpinan Alexander Lukashenko menahan wartawan yang dianggap penentang kuat kerajaan serta teman wanitanya warga Russia.

“Plot rejim itu “dilaksanakan oleh, antara lain, pegawai perkhidmatan keselamatan Belarus yang bekerja dalam penyelarasan bersama pegawai kanan pihak berkuasa kawalan udara,” kata dakwaan Jabatan kehakiman AS.

Jabatan Kehakiman menyatakan semua suspek masih bebas, sambil berpendapat kemungkinan individu terbabit tidak hadir pada perbicaraan adalah tinggi.

Bagaimanapun, pihak berkuasa AS dilaporkan bekerjasama dengan beberapa pihak tertentu untuk menangkap semua keempat-empat tertuduh.

AS, United Kingdom (UK), Kesatuan Eropah (EU) dan Kanada telah pun menghukum Minsk dengan sekatan, termasuk larangan perjalanan dan pembekuan aset, berhubung tindakan itu.

Penerbangan Ryanair 4978 telah berlepas dari ibu kota Greece di Athens dan dijadualkan mendarat di Vilnius, Lithuania, di mana pendakwa raya berkata Pratasevich tinggal dalam buangan. Penulis blog dan aktivis politik itu telah menjadi pengkritik kuat terhadap rejim Lukashenko.

Pendakwa raya AS mendakwa juruterbang bersetuju melencong ke ibu negara Belarus selepas pengawal trafik udara Minsk mengisytiharkan “kod merah,” menunjukkan ancaman boleh dipercayai yang mencetuskan pendaratan segera. Ryanair membuat komen yang sama pada masa itu berdasarkan keterangan juruterbangnya.

“Bukan sahaja apa yang berlaku sebagai pelanggaran undang-undang AS yang melulu, ia amat berbahaya kepada keselamatan semua penumpang di dalam pesawat itu,” kata Penolong Pengarah pejabat lapangan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di New York, Michael Driscoll. – Agensi

Berita berkaitan
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023· Dunia
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok