AS beri amaran kepada Russia tak guna senjata nuklear di Ukraine

September 26, 2022 · Dunia

Amerika Syarikat (AS) akan bertindak balas dengan tegas terhadap sebarang penggunaan senjata nuklear oleh Russia terhadap Ukraine, sembil menyatakan kepada Moscow “akibat malapetaka” yang akan dihadapinya, kata Penasihat Keselamatan Negara Jake Sullivan pada Ahad (25 September 2022).

Kenyataan Sullivan itu mewakili amaran terbaru AS berikutan ancaman nuklear yang dibuat oleh Presiden Russia Vladimir Putin, Rabu lalu dalam ucapan di mana beliau turut mengumumkan penambahan anggota tentera, ketika perang pertama negaranya sejak Perang Dunia Kedua.

“Jika Moscow melintasi garisan ini, akan ada akibat malapetaka bagi Russia. AS akan bertindak balas dengan tegas,” kata Sullivan kepada program “Meet the Press” NBC.

Sullivan tidak menerangkan bentuk tindak balas AS yang dirancang dalam komennya pada Ahad tetapi berkata Washington secara peribadi menyatakan kepada Moscow “dengan lebih terperinci apa maksudnya.”

Sullivan berkata AS sering berhubung secara langsung dengan Russia, termasuk dalam beberapa hari terakhir untuk membincangkan situasi di Ukraine dan tindakan serta ancaman Putin.

Presiden AS Joe Biden dalam ucapan di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada Rabu menuduh Putin membuat “ancaman nuklear secara terang-terangan terhadap Eropah” tanpa mempedulikan tanggungjawab tidak memperluas senjata nuklear.

Russia juga sedang mengadakan referendum di empat wilayah di timur Ukraine dengan matlamat untuk mengambil alih kawasan yang ditawan tentera Russia semasa pencerobohan ke atas Ukraine yang bermula Februari lalu.

Ukraine dan sekutunya menggelar referendum iru sebagai palsu, yang direka untuk mewajarkan peningkatan perang dan usaha Putin selepas kekalahan di medan perang baru-baru ini.

Dengan memasukkan kawasan Luhansk, Donetsk, Kherson dan Zaporizhzhia ke dalam Russia, Moscow boleh menggambarkan serangan ke atas wilayahnya sendiri, satu amaran kepada Ukraine dan sekutu Baratnya.

Selepas mengalami kekalahan di medan perang, Putin menggerakkan 300,000 tentera sambil turut mengancam untuk menggunakan “semua cara yang ada” bagi melindungi Russia.

“Ini bukan bohong,” kata Putin dalam kenyataan yang dilihat di pentas dunia sebagai ancaman terhadap potensi penggunaan senjata nuklear.

Sullivan berkata pada Ahad: “Putin tetap berhasrat … untuk menghapuskan rakyat Ukraine yang dia tidak percaya mempunyai hak untuk wujud. Jadi dia akan terus datang dan kami harus terus membekalkan senjata, peluru, perisikan dan semua sokongan yang boleh kami berikan kepada Ukraine.”

Berita berkaitan
Ringgit menyusut dibuka paras RM4.70 berbanding dolar
January 17, 2024· Isu semasa
Pesara tentera lesap RM125,000 ditipu ‘phone scam’
December 5, 2023· Isu semasa
Kedutaan AS hantar tiga notis kepada Malaysia berhubung isu Palestine
October 31, 2023· Isu semasa
Ribuan rakyat berhimpun bersama pemimpin PN di depan kedutaan AS
October 28, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok