AS benar pelancong lengkap divaksin masuk mulai November

September 21, 2021 · Dunia

Pentadbiran Joe Biden bakal membuka kembali Amerika Syarikat (AS) kepada semua pelancong asing mulai November ini, termasuk rakyat dari 33 negara yang sebelum ini dilarang memasuki negara itu susulan jangkitan Covid-yang tinggi.

Bagaimanapun, kebenaran itu diberi kepada pelancong asing yang masuk ke AS menggunakan pesawat dengan syarat telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 selain perlu menjalani ujian saringan sebaik tiba di negara itu.

Pembukaan semula perjalanan udara negara itu kepada pelancong asing bermula awal November ini adalah yang pertama kali dibuat sejak pandemik Covid-19 melanda negara itu tahun lalu.

November ini semua warga asing akan dibenar memasuki AS sekiranya mereka telah menerima sepenuhnya vaksin Covid-19 dan dapat menunjukkan bukti vaksinasi sebelum menaiki penerbangan ke AS, kata penyelaras Covid White House, Jeffrey Zients.

AS sebelum ini mengenakan perintah sekatan kemasukan pengembara dari sebahagian besar negara di dunia, termasuk jutaan warga asing yang mempunyai saudara-mara atau hubungan perniagaan di negara itu.

Larangan kemasukan pertama dikenakan terhadap China pada Januari 2020, sebelum dilanjutkan kepada puluhan negara lain, bagi mengekang penularan Covid-19.

Keputusan terbaharu itu membolehkan rakyat asing dari lebih 150 negara memasuki AS namun perlu mematuhi syarat ditetapkan itu.

Jumlah kes positif dan kematian di AS melonjak sejak Jun susulan penularan meluas varian Delta, khususnya dalam kalangan individu yang tidak divaksin. Hampir 29,000 kes dilaporkan pada Ahad.

Bagaimanapun, masih belum jelas apakah peraturan itu hanya membabitkan vaksin yang dipersetujui AS atau sebaliknya, dengan Zients mengatakan bahawa ia akan ditentukan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok