AS bekal senjata bernilai AS$450 juta kepada Ukraine

June 24, 2022 · Dunia

Amerika Syarikat (AS) akan menyediakan bantuan ketenteraan tambahan bernilai AS$450 juta kepada Ukraine, termasuk penghantaran lebih banyak sistem roket jarak jauh, kata pegawai AS pada Khamis (23 Jun).

Tentera Moscow sedang mara di timur Ukraine dalam usaha untuk menawan kawasan pusat perindustrian yang dikenali sebagai Donbas, di mana Ukraine bimbang beberapa tenteranya boleh dikepung dalam satu gerakan penyepit Russia.

Dalam satu kenyataan, Pentagon berkata pakej itu akan bernilai sehingga AS$450 juta, termasuk penghantaran tambahan empat Sistem Roket Artileri Mobiliti Tinggi (HIMARS), 18 bot peronda pantai dan sungai serta beribu-ribu butir peluru.

Sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine pada 24 Februari lalu, pentadbiran Presiden Joe Biden telah memberikan bantuan keselamatan dan ketenteraan bernilai AS$6.1 bilion kepada Ukraine.

John Kirby, penyelaras Majlis Keselamatan Negara untuk komunikasi strategik berkata Washington bekerjasama rapat dengan Kyiv untuk mengenal pasti jenis senjata yang paling sesuai bagi memenuhi keperluan mereka dalam setiap pakej.

“Sebab kami melakukannya seperti ini adalah supaya kami dapat memastikannya relevan dengan apa yang berlaku di medan perang,” kata Kirby kepada pemberita pada taklimat Rumah Putih.

Terdahulu pada Khamis, Ukraine berkata ia telah menerima penghantaran pertama HIMARS, sistem senjata jarak jauh yang Kyiv harap dapat membantu mengubah arus dalam pertempuran selama berbulan-bulan itu.

Pakej terbaru itu menyusul selepas Biden minggu lalu mengumumkan bantuan senjata bernilai AS$1 bilion untuk Ukraine yang merangkumi sistem roket antikapal, roket artileri, meriam howitzer dan peluru.

Peperangan Russia-Ukraine telah memasuki fasa pemusnahan dalam beberapa minggu kebelakangan ini, apabila tentera Russia menumpukan kuasa tembakan artileri yang hebat di Donbas.

Ukraine berkata ia memerlukan sistem HIMARS untuk memadankan dengan lebih baik rangkaian sistem roket Russia yang dikatakan sedang digunakan secara meluas untuk menyerang kedudukan Ukraine di Donbas.

Washington berkata ia telah menerima jaminan daripada Kyiv bahawa senjata jarak jauh itu tidak akan digunakan untuk menyerang wilayah Russia, kerana bimbang konflik akan meningkat.

Pegawai AS berkata walaupun HIMARS penting untuk tentera Ukraine, tiada satu sistem senjata yang boleh mengubah perang.

Moscow memberi amaran akan menyerang sasaran di Ukraine yang belum terkena serangan jika Barat membekalkan peluru berpandu jarak jauh ke Ukraine untuk digunakan dalam sistem roket mudah alih berketepatan tinggi. – Agensi

Berita berkaitan
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
14 jam lalu· Politik
Nazri akui dipilih jadi duta semasa pentadbiran Ismail Sabri, ada jumpa Anwar bincang
February 14, 2023· Isu semasa
Lantikan duta bukan untuk kitar semula ahli politik, MP PKR bidas lantikan Nazri
February 12, 2023· Politik
Pertumbuhan KDNK mungkin lepas anggaran rasmi: Tengku Zafrul
September 12, 2022· Isu semasa
Popular
China ceroboh lagi Kepulauan Spratly
April 2, 2021
Bekas Putera Mahkota rancang huru-harakan Jordan
April 5, 2021
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023
China guna ubat tradisional rawat Covid-19 di Shanghai
April 7, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok