Argentina ke final Piala Dunia

December 14, 2022 · Dunia

Julian Alvarez meledakkan dua gol, sementara Lionel Messi pula mengukuhkan kedudukan 3-0 melayakkan Argentina untuk beraksi pada final Piala Dunia setelah menundukkan Croatia awal pagi tadi, dan bakal berdepan sama ada Perancis atau Maghribi yang akan beraksi pagi esok.

Walaupun semua mata tertumpu kepada kapten Argentina, Messi dan usaha kelimanya untuk memenangi trofi dunia, Alvarez, yang mencuri perhatian, memperoleh penalti dan menjaringkan gol dalam setiap aksi separuh masa termasuk selepas melakukan larian 50 meter.

Messi menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-34, selepas Alvarez dijatuhkan oleh penjaga gol Dominik Livakovic, untuk menjadi penjaring terbanyak Piala Dunia negaranya sepanjang masa dengan 11 gol.

Alvarez yang berusia 22 tahun mengambil keputusan sendiri dengan larian solonya untuk menjadikan kedudukan 2-0 lima minit kemudian.

Gandingan itu kemudiannya bergabung dengan sempurna pada minit ke-69 memudahkan Alvarez menjaringkan gol keduanya selepas gerakan Messi yang memukau penonton di garisan tepi dan melorong bola ke belakang melalui kaki pertahanan Josko Gvardiol, sekali gus memastikan penampilan final Piala Dunia keenam Argentina.

“Sepanjang Piala Dunia, ia adalah sesuatu yang luar biasa yang kami lalui dan kami akan bermain perlawanan terakhir yang kami mahukan,” kata Messi yang berusia 35 tahun itu.

“Saya sudah lama menikmati ini, sejak kami tiba di Piala Dunia ini. Kami meminta orang ramai mempercayai kami kerana kami tahu siapa kami. Ia gila, kami melakukannya … kami akan bermain satu lagi perlawanan akhir. Sekali lagi, Argentina berada di final Piala Dunia.”

Finalis seawal 2014, Argentina mencari mahkota dunia ketiga selepas 1978 dan 1986, walaupun beberapa minggu lalu ia kelihatan tidak mungkin melakukannya berikutan kekalahan kepada Arab Saudi pada saingan peringkat kumpulan yang menyebabkan mereka berdepan penyingkiran.

Mendakwa gelaran dunia akan mengangkat pemenang Ballon D’Or tujuh kali Messi kepada status mitos yang dinikmati mendiang Diego Maradona di Argentina.

Pada Ahad mereka akan berdepan sama ada juara bertahan Perancis atau pakej kejutan Maghribi, negara Arab pertama akan beraksi pada separuh akhir Piala Dunia.

Croatia, naib juara 2018, cuba menguasai bola pada permulaan wisel pertama, seperti yang mereka lakukan ketika menentang Brazil pada suku akhir, dan mengawal bola dengan baik tetapi bergelut untuk mencari jalan memasuki kawasan Argentina.

Argentina, yang kini memenangi setiap separuh akhir Piala Dunia yang mereka tandingi, menikmati sokongan berapi-api daripada penyokong yang jauh mengatasi penyokong Croatia di stadium Lusail.

Mereka meledakkan bunyi gemuruh stadium apabila Alvarez dijatuhkan oleh Livakovic dalam kotak penalti.

Messi, merembat melepasi Livakovic untuk mendahului selepas penolong jurulatih Croatia, Mario Mandzukic dibuang padang kerana tidak bersetuju.

Alvarez, yang digelar ‘labah-labah’, mengutip hantaran Messi di kawasan sendiri, melakukan gerakan solo masuk ke dalam kotak Croatia, sebelum meletakkan Argentina 2-0.

Messi kemudian menampilkan persembahan hebatnya apabila mengawal bola dan melorongkan buat Alvarez yang meledak gol ketiga selepas 69 minit untuk melengkapkan kemenangan. – Agensi

Berita berkaitan
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023· Dunia
Piala Dunia: Croatia tempat ketiga
December 18, 2022· Dunia
Kagum dengan semangat pemain Maghribi, lakar sejarah layak ke separuh akhir
December 11, 2022· Dunia
Piala Dunia: Kalau masa dicederakan
November 27, 2022· Politik
Popular
Pejuang Taliban berpakaian ala tentera Amerika kawal Kabul
September 1, 2021
Lee rombak Kabinet Singapura
June 6, 2022
Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Penamaan calon PRK Pelangai selesai, PN hadapi saingan 3 penjuru
13 jam lalu
[VIDEO] MP DAP ‘celupar’ tafsir Al-Quran bukti kerajaan bawa fahaman liberal
24 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok