Arab Saudi umum Mohammed Salman sebagai PM baharu

September 28, 2022 · Dunia

Arab Saudi mengumumkan Perdana Menteri baharu mereka, Putera Mohammed bin Salman.

Putera Mahkota Arab Saudi dilantik ke jawatan penting itu yang kebiasaannya dipegang oleh seorang raja, malah sebelum ini juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan di bawah Raja Salman Abdulaziz Al Saud.

Mohammed sebelum ini pernah menjadi ‘pemerintah de facto’ kerajaan selama beberapa tahun.

Jawatan Menteri Pertahanan kini diambil alih adiknya, Khalid bin Salman yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Pertahanan, menurut dekri Raja Salman yang diterbitkan oleh agensi akhbar rasmi Arab Saudi.

Ketua kementerian kritikal lain, termasuk Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Luar dan Kementerian Tenaga dikekalkan.

Putera Mohammed, 37 tahun, telah diangkat sebagai putera mahkota pada 2017 bagi menggantikan bapanya sebagai raja.

Pada 2015, Mohammed dilantik sebagai Menteri Pertahanan, satu langkah penting dalam penyatuan kuasa yang pantas menyaksikannya menerajui portfolio utama.

Sejak bertahun-tahun lamanya, Arab Saudi berusaha menghentikan spekulasi berhubung kesihatan Raja Salman yang telah memerintah negara pengeksport terbesar minyak dunia sejak 2015.

Pada 2017, kerajaan Saudi menolak laporan dan spekulasi memuncak bahawa raja berusia 86 tahun itu merancang untuk turun takhta.

Raja Salman telah dimasukkan ke hospital dua kali tahun ini, yang terbaharu selama seminggu pada Mei lalu susulan pemeriksaan perubatan termasuk kolonoskopi.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
1MDB: Mahkamah tolak permohonan Najib dapatkan dokumen perbankan
December 8, 2022· Isu semasa
Selepas Anwar lantik diri jadi Menteri Kewangan, ketua setiausaha perbendaharaan dicutikan?
December 6, 2022· Isu semasa
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Wan Saiful kata Rafizi sudah hilang ingatan
December 6, 2022· Politik
Lantik diri sendiri jadi Menteri Kewangan, Rafizi kata boleh pula sekarang
December 6, 2022· Politik
Popular
Gunung berapi Anak Krakatau di Indonesia meletus, muntahkan abu besar
April 25, 2022
Thai mansuh insurans perjalanan mulai 1 Julai, longgar SOP Covid
June 17, 2022
Junta Myanmar lanjut darurat sehingga 2023
August 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Dua maut, lapan cedera serangan bunuh diri di balai polis Bandung
December 7, 2022 · Dunia
Gempa bumi 6.4 magnitud gegar Jawa Barat petang tadi
December 3, 2022 · Dunia
Jeddah banjir besar selepas 13 tahun
November 24, 2022 · Dunia
Piala Dunia: Jepun cipta kejutan, malukan juala empat kali Jerman
November 23, 2022 · Dunia
Korban gempa bumi di Jawa barat meningkat kepada 268 orang
November 22, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
22 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
23 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok