Arab Saudi sambut raya 13 Mei

May 9, 2021 · Dunia

Arab Saudi akan menyambut Aidilfitri pada 13 Mei ini sekali gus menyaksikan negara itu buat pertama kali menjadikan teknologi astronomi untuk menetapkan tarikh dalam kalendar Islam.

Al Shorouq Online memetik Ahli Majlis Ulama Kanan Arab Saudi, Sheikh Abdullah Bin Suleiman Al Manea sebagai berkata, umat Islam di negara itu berpuasa selama 30 hari pada Ramadan tahun ini.

Mengikut perkiraan astronomi, Aidilfitri tahun ini akan disambut pada 13 Mei. Sebelum ini, Arab Saudi menetapkan tarikh menyambut Hari Raya Puasa menggunakan kaedah melihat anak bulan Syawal.

Bagaimanapun, Sheikh Abdullah meminta mana-mana pihak yang hendak melihat anak bulam Syawal supaya berbuat demikian.

Arab Saudi mula menyambut Ramadan pada 13 April lalu.

Permulaan dan akhir bulan dalam Islam biasanya ditentukan oleh penampakan anak bulan baharu yang akan menentukan sama ada 29 hari atau 30 hari.

Sementara itu, Persatuan Astronomi Jeddah berkata proses pencerapan anak bulan Syawal akan dilakukan pada 12 Mei.

Bagaimanapun, anak bulan Syawal itu mungkin tidak kelihatan di seluruh Arab Saudi, sekali gus menandakan Aidilfitri akan disambut ada 13 Mei.

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Agong zahir penghargaan Malaysia semasa bertemu Putera Arab Saudi
July 2, 2023· Isu semasa
Hukuman berat ke atas jemaah haji tanpa permit: Arab Saudi
June 14, 2023· Dunia
Popular
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok