Arab Saudi rancang ubah suai enam tempat bersejarah di Makkah

April 11, 2021 · Dunia

Projek pembinaan semula dan pengubahsuaian sedang dijalankan di enam tempat bersejarah Islam dan muzium di sekitar Makkah, lapor media Arab Saudi.

Tapak bersejarah itu termasuk di wilayah Hudaybiyyah di mana Perjanjian Hidaybiyyah antara Nabi Muhammad SAW serta umat Islam dengan suku Quraish yang dimeterai pada tahun 6 Hijrah

Laporan juga menyebut jawatankuasa eksekutif untuk tapak dan muzium sejarah Islam turut melawat Bir Tuwa, Jabal Thur, Terusan Ain Zubaydah yang berusia 1,200 tahun, Mina dan Gua Hira di Jabal Nur.

Salah satu daripada projek penting ialah pembinaan Pusat Budaya Jabal Al-Nur.

Jabal Nur yang menempatkan Gua Hira menjadi satu tempat yang signifikan bagi umat Islam kerana di situlah Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama dan ayat suci al-Quran.

Sementara itu, projek pembangunan dikenali sebagai Masar yang memfokuskan kepada pembinaan jalan, kedai, hotel dan kediaman giat dijalankan di sekitar Makkah.

Projek Masar menyasar untuk mencapai objektif Arab Saudi untuk meningkatkan jemaah umrah kepada 30 juta menjelang 2030, serta meningkatkan kualiti kehidupan di Tanah Suci itu. – Agensi

Berita berkaitan
Kumpulan pertama jemaah haji bertolak 31 Mei ke Makkah
May 5, 2022· Isu semasa
Kerugian ditanggung jemaah umrah akan dibayar kerajaan 50-60 peratus
February 6, 2022· Isu semasa
SOP baharu umrah, perlindungan insurans ditetapkan kepada jemaah
January 29, 2022· Isu semasa
SOP perjalanan umrah akan dimuktamad pertengahan Feb
January 19, 2022· Isu semasa
Popular
Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan
July 4, 2022
Lagi Dunia terkini
81 peratus kes Covid di Indonesia BA.4, BA.5, SOP diperketat semula
9 minit lalu · Dunia
Banjir: Puluhan ribu penduduk Sydney diarah pindah
1 jam lalu · Dunia
Jepun bantah tentera laut China belayar dekat pulau jadi rebutan
3 jam lalu · Dunia
Tiga maut tembakan di pusat beli-belah Copenhagen, suspek ditahan
10 jam lalu · Dunia
Menteri Ekonomi Argentina letak jawatan selepas pinjaman IMF diluluskan
July 3, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Tak serius, kerajaan ambil lewa isu harga barang, kata pemimpin Amanah
July 1, 2022
[FOTO] Himpunan bantahan kenaikan harga
July 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok