Arab Saudi mohon Indonesia segera hantar tenaga kerja

Arab Saudi mengemukakan permohonan kepada kerajaan Republik Indonesia supaya menghantar tenaga pekerja ke negaranya dengan kadar segera.

Duta Arab Saudi ke Indonesia, Issam Al-Thaqafi berharap Indonesia akan menyambung kembali pembekalan tenaga kerja selepas penghantaran itu digantung sebelum ini selama lapan tahun.

Sejak Februari 2014, Arab Saudi dan Indonesia sudah memeterai perjanjian untuk menyambung kembali penghantaran pekerja domestik Indonesia, namun disebabkan penularan Covid-19 terpaksa ditangguhkan.

“Kementerian itu sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin,” jelasnya.

Indonesia Gazzete melaporkan republik itu menggantung penghantaran pekerja pembantu rumah ke Arab Saudi dan negara lain pada 2011 akibat hukuman mati yang dijatuhkan terhadap pembantu rumah yang disabitkan bersalah kerana membunuh majikannya.

Portal berita itu menyatakan larangan tersebut dikenakan selepas kerajaan itu menjatuhkan hukuman mati kepada rakyatnya tanpa memberitahu keluarga atau kerajaan Indonesia.

Sejak dari itu, Kementerian Tenaga Kerja Indonesia dengan kerjasama agensi kerajaan lain untuk menyekat semua protokol mengenai tenaga kerjanya di luar negara. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR