
Umat Islam menunaikan solat Jumaat di Masjid Nabawi dengan melaksanakan penjarakan fizikal, berikutan penularan wabak Covid-19 di Madinah, Arab Saudi. - Gambar Reuters
Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengumumkan pemansuhan semua sekatan Covid-19, termasuk kuarantin wajib bagi semua pengunjung ke negara itu.
Menerusi catatan di akaun Twitter rasminya pada Isnin, sekatan yang dimansuhkan termasuk penyerahan sijil vaksinasi Covid-19 dan ujian PCR, sebelum atau semasa ketibaan di Arab Saudi, menurut laporan Bernama.
Langkah itu diambil susulan penurunan kes dan kadar pelalian mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas.