Arab Saudi lulus Sinovac, Sinopharm tapi kekal syarat suntikan penggalak

August 25, 2021 · Dunia

Riyadh pada Selasa meluluskan penggunaan dua lagi vaksin Covid-19 – Sinovac dan Sinopharm – menjadikan semuanya enam jenis vaksin diperakui Arab Saudi termasuk AstraZeneca, Pfizer, Johnson & Johnson, dan Moderna.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi berkata individu yang melengkapkan suntikan Sinovac dan Sinopharm dibenar masuk ke negara itu dengan syarat mereka juga telah menerima suntikan penggalak yang diperakui.

Sebelum ini kementerian itu mengatakan bahawa dua dos daripada dua vaksin yang berbeza dapat diambil, berdasarkan kajian antarabangsa yang menunjukkan keberkesanan melawan Covid-19 dan selamat.

Kementerian itu juga berkata menurut syor terbaharu, dos kedua boleh diambil sekurang-kurangnya tiga minggu selepas suntikan pertama.

Individu yang disahkan sembuh daripada Covid-19 perlu menerima dua dos vaksin. Dos pertama diambil selepas 10 hari setelah disahkan sembuh daripada jangkitan dan yang kedua tiga minggu kemudian.

Jika jangkitan berlaku selepas menerima dos pertama, dos kedua boleh diambil sekurang-kurangnya 10 hari setelah jangkitan.

Kementerian itu juga melaporkan 353 jangkitan baharu pada Selasa menjadikan kumulatif sejak wabak itu melanda Arab Saudi kepada 542,707 kes.

“Sebanyak 4,377 kes masih aktif, di mana daripada jumlah itu 1,108 pesakit berada dalam kritikal. Tujuh pesakit meninggal dunia semalam, menjadikan kumulatif kematian kepada 8,497 kes,” kata kementerian itu dalam kenyataan hari ini.

Sehingga semalam, lebih 34.68 juta penduduk Arab Saudi sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, manakala lebih 13 juta lagi sudah melengkapkan suntikan masing-masing.

Arab Saudi menjangkakan 70 peratus daripada populasinya akan melengkapkan dos masing-masing menjelang 9 Oktober ini. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok