Arab Saudi longgarkan syarat pakai pelitup muka

November 11, 2021 · Dunia

Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi sebelum ini sudah mengumumkan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, hari ini akan memperincikan lagi kawasan ‘tempat awam’ yang dibenarkan masuk tanpa perlu memakai pelitup muka.

Menurut kenyataan Kementerian itu semalam, kelonggaran diberikan kepada individu yang sudah lengkap divaksin tidak wajib memakai pelitup muka di tempat awam terbuka seperti di taman atau dataran awam serta di ruang kaki lima.

Manakala di kawasan tempat awam yang berdinding dan bertutup, walaupun dibenarkan beroperasi dengan kapasiti penuh tetapi pemakaian pelitup muka masih diwajibkan dan masih tertakluk kepada arahan penjarakan sosial.

Selain itu, ruang bertutup lain seperti di stadium, dewan acara yang boleh memuatkan 500 orang ke atas pada satu-satu masa, di premis yang tidak dapat disahkan tahap kesihatan pengunjungnya menerusi aplikasi Tawakkalna, koridor dan kawasan terbuka dalam kompleks komersial, di dalam masjid, pasar awam dan premis-premis kecil, pemakaian pelitup muka masih diwajibkan di kawasan tersebut.

Melalui sumber itu juga, pihak MOI turut menggesa penduduknya yang sudah menerima dos kedua vaksin Covid-19 supaya mengambil suntikan dos penggalak selepas enam bulan, bagi mencapai imuniti kelompok.

Sementara itu, Kementerian Haji dan Umrah menerusi laman Twitternya mengingatkan amaran denda SR10,000 kepada jemaah yang mengerjakan umrah tanpa permit sah dan SR1,000 bagi mereka yang memasuki perkarangan Masjidil Haram tanpa permit.

Kementerian juga memohon warganegara Saudi dan ekspatriat supaya turut mematuhi peraturan dengan mendapatkan permit untuk menunaikan umrah dan untuk solat di Masjidil Haram melalui aplikasi Eatmarna.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok