Arab Saudi longgar syarat umrah

March 6, 2022 · Dunia

Arab Saudi – negara penjaga dua Tanah Suci umat Islam – pada Sabtu melonggar beberapa langkah dan protokol Covid-19, termasuk pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Susulan pemansuhan semua sekatan itu, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi turut mengumumkan kelonggaran untuk tidak lagi mewajibkan permit bagi ziarah dan solat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bermula Sabtu (5 Mac 2022).

Sumber rasmi Kementerian Dalam Negeri berkata langkah itu termasuk penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka di luar rumah tidak lagi diwajibkan.

Memetik agensi berita Arab Saudi, SPA, sumber itu juga berkata penjarakan fizikal di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan ditarik balik, namun semua pengunjung wajib memakai pelitup muka.

Arab Saudi tidak lagi mewajibkan pengembara menjalani kuarantin wajib Covid-19 sebaik tiba di negara itu. Mereka juga tidak perlu lagi menyediakan ujian PCR Covid-19 semasa ketibaan.

Semua ketibaan di negara itu dengan visa lawatan dalam apa juga bentuk, dikehendaki mendapatkan insurans yang meliputi kos rawatan daripada sebarang jangkitan Covid-19.

Kementerian berkenaan menekankan kepentingan untuk terus berpegang kepada garis panduan pelan kebangsaan untuk imunisasi, termasuk mendapatkan dos penggalak dan menggunakan prosedur bagi mengesahkan status kesihatan di dalam aplikasi “Tawakkalna” untuk memasuki kemudahan, aktiviti, acara, pesawat dan pengangkutan awam .

Ia menjelaskan bahawa langkah-langkah yang diambil di atas tertakluk kepada penilaian berterusan oleh pihak berkuasa kesihatan yang berwibawa di Arab Saudi, mengikut perkembangan dan situasi epidemiologi.

Menurut kementerian itu dalam Twitternya, kanak-kanak di bawah lima tahun turut dibenar memasuki perkarangan Dua Masjid Suci.

“Kanak-kanak 5 tahun ke atas dan sudah divaksin boleh memasuki Haramain manakala di bawah 5 tahun, hanya boleh masuk ke halamannya,” kata kementerian. – SPA

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok