Arab Saudi kesan kes pertama Omicron

December 1, 2021 · Dunia

Arab Saudi hari ini mengesahkan mengesan kes pertama varian baharu Covid-19, Omicron, lapor agensi berita rasmi negara itu, SPA.

Memetik laporan itu, kes berkenaan membabitkan warga Arab Saudi yang pulang dari negara di utara Afrika.

“Satu kes varian Omicron dikesan di Arab Saudi daripada warganegara yang pulang dari negara Afrika Utara.

“Siasatan epidemiologi telah bermula dan individu itu serta kontak rapatnya kini diasingkan dan langkah keselamatan sudah diambil,” kata jurucakap kementerian kesihatan.

Kementerian itu juga menggesa rakyatnya untuk melengkapkan suntikan vaksin Covid-19, manakala pelancong asing pula diminta mematuhi protokol kesihatan, termasuk ujian saringan semasa ketibaan.

Kes pertama varian itu mencetuskan kebimbangan, tatkala Arab Saudi melonggarkan sekatan perjalanan terhadap beberapa negara bagi memudahkan umat Islam melaksanakan ibadah umrah.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini, memberi amaran bahawa varian Omicron yang sangat bermutasi berkemungkinan merebak ke peringkat antarabangsa dan menimbulkan risiko lonjakan jangkitan yang sangat tinggi yang boleh membawa “akibat teruk” di beberapa tempat.

Omicron pertama kali dilaporkan pada 24 November di selatan Afrika, di mana jangkitan telah meningkat dengan mendadak. Sejak itu ia telah merebak ke lebih daripada sedozen negara, kebanyakannya telah dikenakan sekatan perjalanan.

Sehingga semalam, sebanyak 20 negara, termasuk 18 negara yang melaporkan kes import, mengesahkan terdapat kes positif Omicron.

Sebanyak 203 daripada 215 kes variant of concern (VOC) Omicron telah dilaporkan dalam laman web Global Initiative on Sharing All Influenza Data (GISAID) – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok