Arab Saudi hadkan ibadah haji kepada rakyatnya sahaja tahun ini

June 13, 2021 · Dunia

Arab Saudi membuat keputusan untuk menghadkan ibadah haji tahunan bagi warganegara dan penduduknya sahaja bagi tahun kedua berturut-turut ekoran penularan pandemik Covid-19, lapor Saudi Press Agency (SPA).

Jemaah berusia antara 18 dan 65 tahun yang sudah divaksinasi dan bebas daripada penyakit kronik akan dibenarkan menunaikan ibadah haji tahun ini, kata kementerian yang menguruskan ziarah penganut beragama Islam ke Mekah, menurut SPA dalam laporannya.

Ia juga menetapkan maksimum 60,000 jemaah sahaja tahun ini.

“Keputusan (dibuat) untuk menjamin keselamatan jemaah haji di tengah-tengah ketidakpastian terhadap Coronavirus,” kata Menteri Kesihatan, Tawfiq al-Rabiah dalam sidang media yang disiarkan SPA.

“Walaupun terdapat vaksin, masih ada ketidakpastian berhubung virus tersebut dan beberapa negara masih mencatat jumlah kes Covid yang tinggi, cabaran lain adalah terdapat varian virus yang berbeza, oleh itu muncul keputusan untuk menghadkan jemaah haji,” kata beliau.

Beliau juga berkata hanya vaksin Covid yang diluluskan iaitu Pfizer, AstraZeneca, Moderna dan Johnson & Johnson yang sah digunakan oleh para jemaah haji.

Sumber memberitahu Reuters pada bulan Mei sebuah rancangan sedang dipertimbangkan untuk melarang para jemaah haji di luar negeri untuk menunaikan haji, salah satu rukun wajib bagi setiap Muslim yang berkemampuan untuk menunaikannya.

Sebelum pandemik melanda global, kira-kira 2.5 juta jemaah haji mengunjungi tempat suci Islam di Mekah dan Madinah untuk menunaikan haji selama seminggu, dan umrah sepanjang tahun, secara keseluruhan menyumbang pendapatan kepada kerajaan Arab Saudi sekitar $ 12 bilion setahun, menurut data rasmi.

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok