Arab Saudi dakwa pengganas Houthi sasar serangan ke atas lojinya

March 20, 2022 · Dunia

Loji milik Arab Saudi didakwa menjadi sasaran pengganas Houthi Yaman yang melancarkan serangan ke atas loji gas asli cecair, loji penyahgaraman air, kemudahan minyak dan stesen janakuasa milik mereka.

Menurut laporan media Arab Saudi, setakat ini tiada kematian dilaporkan namun serangan dron dan peluru berpandu itu mengakibatkan beberapa buah kenderaan awam dan rumah musnah.

Serangan terbaharu itu dijangka meningkatkan lagi ketegangan antara Arab Saudi dengan puak Houthi, ia susulan rundingan damai masih terhenti dan konflik selama tujuh tahun itu juga sudah memusnahkan sebahagian besar negara Yaman.

Serangan itu juga berlaku ketika syarikat gergasi minyak Arab Saudi, Aramco baharu mengumumkan keuntungannya melonjak 124% pada 2021 dengan nilai sebanyak $110 bilion.

Ia merupakan rekod keuntungan besar yang didorong oleh kebimbangan baharu terhadap kekurangan bekalan global, harga minyak yang melambung tinggi dan pemulihan dalam permintaan bahan api sejak penularan wabak Covid-19.

Selain itu, konflik antara Russia dan Ukraine juga menyebabkan pasaran tenaga terkena tempias dengan keadaan dunia yang tidak stabil.

Penanda aras minyak antarabangsa minyak mentah Brent kini sekitar lebih $107 setong pada Ahad dan hampir mencecah paras tertinggi $140 awal bulan ini.

Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu setakat ini menolak rayuan Barat untuk meningkatkan pengeluaran minyak bagi mengimbangi kekurangan bekala minyak Rusia susulan harga petrol melambung tinggi.

Kerajaan Arab Saudi setakat ini tidak mendedahkan sejauh mana tahap kerosakan yang berlaku terhadap infrastruktur dan kemudahan tenaga milik mereka itu.

Agensi Akhbar Saudi rasmi menyiarkan beberapa gambar trak bomba sedang memadamkan, gambar kemusnahan kereta dan kesan akibat letupan dron serta serangan peluru berpandu balistik dilancar puak Houthi.

Serangan terbaharu itu berlaku beberapa hari selepas Majlis Kerjasama Teluk yang berpangkalan di Arab Saudi menjemput pihak Yaman untuk berunding di Riyadh.

Berita berkaitan
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023· Dunia
Kolestrol saya tinggi, kata Rafizi selepas keluar wad
October 30, 2023· Politik
Gangguan bekalan air di Selangor dan Kuala Lumpur ekoran pencemaran loji
October 10, 2023· Isu semasa
Tular kenyataan palsu, PAS kata lawan ketandusan idea
August 1, 2023· Politik
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok