Arab Saudi catat rekod baharu jangkitan, 3,168 kes hari ini

January 6, 2022 · Dunia

Jumlah jangkitan Covid-19 di Arab Saudi meningkat mendadak sejak beberapa hari dengan dalam tempoh 24 jam lalu mencatat rekod baharu sebanyak 3,168 kes.

Kementerian Kesihatan negara itu berkata dalam tempoh sama dua kes kematian yang dikaitkan dengan Covid-19 dilaporkan manakala 608 pesakit telah sembuh.

Sejumlah 8,888 pesakit meninggal dunia akibat komplikasi Covid-19, dengan secara keseluruhannya 568,650 kes positif dilaporkan sejak awal 2020 lalu.

Jangkitan juga semakin meningkat dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan, lapor media Arab Saudi, hari ini.

Pada Rabu, jumlah jangkitan melepasi paras 3,000 kes buat kali pertama sejak Julai 2020, susulan penularan pantas varian baharu Covid-19, Omicron.

Kes pertama varian Omicron dikesan di Arab Saudi pada 1 Disember tahun lalu.

Sehari sebelum itu, pihak berkuasa Arab Saudi menggantung penerbangan dari dan ke Malawi, Zambia, Madagascar, Angola, Seychelles, Mauritius, dan Kepulauan Comoros, susulan penemuan varian Omicron di selatan Afrika.

Minggu lalu, pemerintah Arab Saudi mengenakan semula langkah sekatan, termasuk mewajibkan pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, susulan peningkatan jangkitan Covid-19.

Pekerja di Masjidil Haram memasang semula garisan panduan penjarakan fizikal di kedua-dua masjid itu, yang dibuang pada 17 Oktober 2021.

Untuk rekod, lebih 52 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan kepada penduduk Arab Saudi, dalam usaha menangani penularan wabak berkenaan.

Berita berkaitan
Radzi berharap Dr Noor Hisham terus menyumbang kepada negara
June 3, 2023· Isu semasa
Tuaran dikategori zon merah Covid-19 selepas kes meningkat
May 16, 2023· Isu semasa
Kerajaan Arab Saudi belum balas permohonan Malaysia tambah kuota haji: TH
May 15, 2023· Isu semasa
Penduduk Malaysia dianggar 33.2 juta : Jabatan Perangkaan
May 11, 2023· Isu semasa
Popular
Ramai wanita bekerja di Jepun bunuh diri
November 3, 2021
Mahkamah Indonesia tolak permohonan halalkan ganja perubatan
July 20, 2022
Suri rumah mengaku zina kena 100 sebatan, pasangan hanya 15 kali
January 14, 2022
Lagi Dunia terkini
Biden tersungkur pada majlis konvokesyen tentera udara
June 2, 2023 · Dunia
Erdogan pertahan jawatan Presiden Turkiye
May 29, 2023 · Dunia
Montana jadi negeri pertama di Amerika haramkan TikTok
May 18, 2023 · Dunia
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023 · Dunia
Rakyat Thailand mula mengundi hari ini
May 14, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
4 jam lalu
[VIDEO] Gelombang sudah ada, PN tetap usaha menang PRN enam negeri
22 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok