Arab Saudi catat lebih 3,000 kes

January 8, 2022 · Dunia

Arab Saudi hari ini melaporkan sebanyak 3,575 jangkitan baharu Covid-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak permulaan wabak itu kepada 572,225 kes.

Kementerian Kesihatan negara itu juga memaklumkan dua kematian baharu berkaitan Covid19, menjadikan jumlah kematian kepada 8,890.

“Daripada kes semasa, 117 masih dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi,” kata kementerian itu dalam kenyataan.

Jurucakap kementerian itu berkata seramai 817 pesakit telah sembuh, menjadikan keseluruhan kes sembuh meningkat kepada 544,978 kes.

Lebih daripada 52.3 juta dos vaksin Covid-19 telah diberikan sejak kempen imunisasi di negara itu bermula.

Kementerian itu, yang mempunyai 587 pusat vaksin di seluruh negara, menggesa orang ramai yang belum menerima suntikan untuk mendaftar melalui aplikasinya. Sehhatynya.

Sementara itu, hab ujian dan pusat rawatan yang diwujudkan di seluruh negara telah membantu berjuta-juta individu, termasuk pesakit ringan Covid-19, sejak penularan wabak itu.

Pusat Taakad menyediakan ujian Covid-19 bagi mereka yang tidak menunjukkan simptom atau simptom ringan, atau percaya mereka telah bersentuhan dengan individu yang dijangkiti.

Manakala klinik Tetamman menawarkan rawatan dan nasihat kepada mereka yang mempunyai simptom virus seperti demam, hilang rasa dan bau, dan kesukaran bernafas. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok