Arab Saudi batal tempoh tempahan 14 hari untuk umrah

October 25, 2021 · Dunia

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membatalkan arahan mewajibkan jemaah membuat tempahan dan menunggu selama 14 hari sebelum dibenarkan menunaikan ibadah umrah.

Sejak beberapa kelonggaran diberikan, jumlah jemaah yang beribadah di Masjidil Haram untuk menunaikan solat dan mengerjakan umrah menunjukkan lonjakan yang memberangsangkan.

Ketua Pegawai Perancangan dan Strategi kementerian itu, Dr. Amr Al-Maddah memberitahu Arab News dengan melonggarkan langkah pencegahan, kapasiti operasi Masjidil Haram untuk umrah dan solat telah meningkat dengan ketara.

“Susulan permintaan tempahan tarikh mengerjakan ibadah umrah meningkat, kementerian sudah memutuskan untuk membatalkan peraturan itu dan ia diharap dapat memberi peluang yang sama adil kepada semua jemaah untuk beribadah.

“Syarat ini tidak lagi diperlukan dan memberi peluang yang adil kepada semua jemaah susulan permintaan yang tinggi,” katanya kepada Arab News.

Pada 16 Oktober, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan kelonggaran sekatan sekali gus membolehkan kapasiti dan operasi penuh dilaksanakan di Majidil Haram dan Masjid Nabawi.

Di samping itu, arahan solat dengan perjarakan satu meter antara setiap jemaah juga sudah ditarik balik di kedua-dua masjid tersebut.

Terdapat beberapa sumber turut memaklumkan, terdapat laporan yang mengatakan Kementerian Haji dan Umrah turut merancang melaksanakan urusan haji dan umrah seperti sebelumnya penularan wabak Covid-19.

Ini berdasarkan arahan baharu yang ditetapkan oleh kementerian itu dengan membenarkan semua masjid dibuka semula dengan kapasiti penuh kepada jemaah untuk beribadah tanpa mengenakan aspek keselamatan ketat.

Bagaimanapun jemaah wajib memakai pelitup muka dan perlu membuat tempahan sebelum mengerjakan umrah menerusi aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok