Arab Saudi batal syarat imunisasi masuk dua masjid suci

Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membatalkan pemeriksaan status imunisasi bagi individu yang memasuki Masjidil Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah berkuat kuasa Khamis.

Memetik laporan Saudi Gazette, kementerian itu mengkaji perkembangan terpenting berkaitan pandemik Covid-19 sebelum menarik balik langkah pencegahan dan protokol kesihatan di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Kementerian itu juga dilaporkan membatalkan syarat pendaftaran data imunisasi bagi mendapatkan permit umrah bagi jemaah dari luar negara.

Kebenaran tidak lagi diperlukan untuk bersolat di Masjidil Haram atau mengunjungi Masjid Nabawi, tetapi semua jemaah masih diwajibkan untuk mendapatkan permit mengerjakan umrah dan melawat Raudah di Masjid Nabawi di Madinah.

Laporan juga menyebut semua langkah penjarakan sosial di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi telah dibatalkan, tetapi jemaah masih diwajibkan memakai pelitup muka.

Kementerian juga mengambil maklum pemansuhan keperluan untuk mengemukakan ujian PCR semasa ketibaan bagi jemaah asing dan keperluan kuarantin di hotel atau rumah.

BERITA BERKAIT
POPULAR