Antibodi dari suntikan Sinovac pudar setelah enam bulan: Kajian

July 27, 2021 · Dunia

Satu kajian makmal menunjukkan keberkesanan antibodi yang dicetuskan oleh vaksin Sinovac Biotech, bagi melawan Covid-19 akan mengalami penurunan selepas enam bulan suntikan kedua bagi kebanyakan penerima, walaupun suntikan ketiga mampu meningkatkan imuniti yang kuat.

Penyelidik China melaporkan penemuan itu dalam dokumen yang diterbitkan pada Ahad, selepas melakukan kajian ke atas sampel darah individu dewasa yang sihat berusia antara 18 dan 59 tahun.

Bagi peserta yang menerima dua dos, dua atau empat minggu, hanya 16.9 peratus dan 35.2 peratus masing-masing masih mempunyai tahap antibodi peneutralan melebihi ambang enam bulan selepas dos kedua, kata dokumen itu.

Pembacaan itu berdasarkan data dari dua kohort yang melibatkan masing-masing lebih daripada 50 peserta, sementara kajian memberikan dos ketiga kepada keseluruhan 540 peserta.

Apabila peserta dalam beberapa kohort diberi dos ketiga – kira-kira enam bulan selepas yang kedua – peneutralan tahap antibodi setelah 28 hari lagi meningkat sekitar tiga hingga lima kali ganda daripada tahap yang dilihat empat minggu setelah dos kedua, kata kajian itu.

Kajian itu dilakukan penyelidik pihak berkuasa kawalan penyakit di wilayah Jiangsu, Sinovac, dan institusi-institusi lain di China.

Para penyelidik mengingatkan bahawa kajian itu tidak menguji kesan antibodi terhadap varian yang lebih mudah menular, dan kajian lebih lanjut diperlukan untuk menilai jangka waktu antibodi setelah suntukan ketiga. – Agensi

Berita berkaitan
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Selepas Muhyiddin gesa tangani isu inflasi dan nilai ringgit, baharu Anwar desak
September 28, 2022· Politik
Popular
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
September 30, 2022
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022
Lagi Dunia terkini
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
September 30, 2022 · Dunia
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022 · Dunia
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022 · Dunia
Rakyat Kuwait mula mengundi pilih Parlimen baharu
September 29, 2022 · Dunia
Taufan Ian, ribut paling kuat landa AS rempuh Florida awal pagi tadi
September 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
16 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok