Angkasawan China mendarat di stesen angkasa Tiangong

June 17, 2021 · Dunia

Tiga angkasawan China mendarat di Stesen Angkasa Lepas Tiangong selepas melalui perjalanan tujuh jam dengan roket Long March-2F membawa kapal angkasa Shenzhou-12 dari Gurun Gobi di barat laut negara itu hari ini.

Kapal angkasa Shenzhou-12 berjaya disambungkan dengan bahagian depan modul teras stesen Tiangong, menurut kenyataan Agensi Angkasa China.

Ketiga-tiga angkasawan itu akan berada di modul teras dan orbit selama tiga bulan.

“Penerbangan berjalan dengan lancar. Ini adalah langkah pertama. Terdapat banyak cabaran yang akan datang,” kata Chen Shanguang, Penolong Pengarah Program Angkasa China.

Stesen penyiaran tempatan, CCTV menunjukkan detik perjalanan dalam kapal angkasa berkenaan secara langsung.

Ketika mencecah orbit, ketiga-tiga angkasawan itu membuka visor topi keledar dan seorang daripada mereka tersenyum sambil melambai ke arah kamera.

Angkasawan yang lain pula dilihat cuba mengapungkan sebatang pen kerana sudah memasuki ruang sifar graviti, ketika melihat manual penerbangan.

Komander misi itu, Nie Hausheng, seorang juruterbang tentera udara di Tentera Pembebasan Rakyat (PLA), sudah dua kali menyertai misi angkasa lepas. Dua angkasawan lain juga anggota tentera. – Agensi

Berita berkaitan
Dengar cerita warga China sertai MM2H layak dapat PR, dakwa MP Masjid Tanah
December 16, 2023· Politik
Bursa dibuka rendah, pasaran lemah
December 7, 2023· Isu semasa
Pengecualian visa 30 hari akan tingkatkan pelancong China: King Sing
December 5, 2023· Isu semasa
PM umum pengecualian visa untuk rakyat China dan India bermula 1 Dis
November 27, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok