Angka terbaharu korban gempa berkembar Turkiye, Syria lepasi 7,800

February 8, 2023 · Dunia

Jumlah penduduk Turkiye dan Syria yang maut setelah bandar sempadan kedua-dua negara itu digegarkan gempa berkembar berukuran 7.8 magnitud dan 7.5 magnitud kini melepasi 7,800.

Tatkala ribuan anggota pasukan pencari dan penyelamat dari lebih 20 buah negara, termasuk Malaysia, menghantar bantuan, pihak berkuasa Turkiye mengesahkan 5,894 warganya terkorban dalam gempa awal pagi Isnin, 6 Februari.

Sementara, pihak berkuasa Syria pula memaklumkan setakat ini 1,932 penduduknya, terutama di wilayah Idlib, terkorban.

Terdapat kebimbangan bahawa jumlah kematian akan meningkat, dengan pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan sehingga 20,000 mungkin terkorban.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah yang terjejas supaya operasi mencari dan menyelamat serta usaha lain dapat dijalankan dengan pantas.

Pada masa sama, Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dijangka masuk ke kawasan bencana gempa bumi hari ini, bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di selatan Turkiye.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), terdapat kelewatan dalam atur gerak operasi berikutan masalah kesesakan di Lapangan Terbang Adana yang menjadi pintu masuk ke kawasan bencana.

“Pergerakan menggunakan jalan darat dari Adana ke Aziantep akan mengambil masa lebih kurang tiga jam.

“Semoga dipermudahkan perjalanan dan semua urusan pasukan di sana,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook, hari ini.

Terdahulu, NADMA berkata, SMART selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada jam 5.50 pagi waktu tempatan.

“Pasukan itu seterusnya diberikan taklimat sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Adana bagi meneruskan perjalanan ke Gaziantep.

“Terima kasih kepada semua yang terbabit bagi memudahkan urusan perjalanan,” katanya.

Berita berkaitan
Bahagian Selatan Laut Maluku, Indonesia digegar gempa bumi
March 8, 2023· Dunia
Misi bantuan MP Perikatan Nasional berlepas ke Turkiye
March 3, 2023· Isu semasa
Keadaan banjir semakin buruk, ada kanak-kanak lemas dan jalan ditutup
March 2, 2023· Isu semasa
Wilayah tenggara Iran digegar gempa bumi
February 21, 2023· Dunia
Popular
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023
Kim Jong-un arah tentera siap sedia serangan nuklear ke atas AS
March 20, 2023
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023
Lagi Dunia terkini
Gempa bumi kuat goncang Afghanistan, Pakistan, utara India
March 22, 2023 · Dunia
Arab Saudi puasa Khamis
March 22, 2023 · Dunia
PRU Thailand 14 Mei, anak gadis Thaksin mahu rebut kerusi PM
March 21, 2023 · Dunia
Bintang badminton Indonesia maut nahas jalan raya
March 21, 2023 · Dunia
Kim Jong-un arah tentera siap sedia serangan nuklear ke atas AS
March 20, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Laporan polis premis mahu anjur pesta kepondanan, LGBT
24 jam lalu
[VIDEO] Bersatu persoal penjelasan Anwar isu kuasa pelepasan cukai
March 22, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok