Angka korban Covid-19 di Jerman cecah lebih 100,000 kes

November 25, 2021 · Dunia

Jerman melepasi waktu suram apabila jumlah kematian berkaitan Covid-19 pada Khamis mencecah lebih 100,000 dengan lonjakan jangkitan baharu yang menimbulkan cabaran kepada kerajaan negara itu.

Sejak permulaan wabak itu, 100,119 individu meninggal dunia, menurut data daripada Institut Robert Koch untuk penyakit berjangkit.

Jumlah jangkitan harian mencecah rekod baharu sebanyak 75,961 kes hari ini.

Hospital di beberapa kawasan, terutamanya di timur dan selatan Jerman, berada di bawah tekanan dan pakar virologi telah memberi amaran bahawa jumlah kematian boleh meningkat.

Apabila tahap jangkitan mencecah rekod tertinggi dan unit rawatan rapi (ICU) penuh, masalah kesihatan itu memberi cabaran segera kepada kerajaan gabungan baharu yang mengambil alih pemerintahan Kabinet Angela Merkel.

Ketua Persatuan Antara Disiplin Jerman untuk Rawatan Rapi dan Perubatan Kecemasan, Gernot Marx memaklumkan beberapa hospital sudah mengalami ‘beban teruk’, mengakibatkan pesakit Covid-19 perlu dipindahkan ke luar negara.

Minggu lalu, Jerman memutuskan untuk melaksanakan sekatan lebih ketat termasuk mewajibkan orang ramai supaya divaksin, sembuh dari jangkitan atau baru-baru ini harus disahkan negatif Covid-19, sebelum menaiki pengangkutan awam atau ke tempat kerja.

Manakala, beberapa kawasan paling teruk terjejas juga sudah diarahkan untuk melakukan sekatan pergerakan baharu.

Selain itu, peningkatan angka korban itu juga mencetuskan perdebatan sengit di Jerman, sekiranya akan mengikuti Austria dan mewajibkan vaksinasi kepada semua populasinya.

Bakal Canselor, Olaf Scholz menegaskan sokongannya mewajibkan suntikan vaksinasi dan memberitahu bahawa kerajaan baharunya akan melabur satu bilion euro (RM4.7 bilion) sebagai bonus bagi pekerja penjagaan kesihatan.

Sementara itu, gelombang keempat di Jerman ini sebahagiannya dikatakan berpunca dari kadar vaksinasi yang agak rendah iaitu hanya 69 peratus, berbanding negara Eropah lain seperti Perancis, di mana ianya sudah mencapai 75 peratus. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok