Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan Israel meningkat

May 12, 2021 · Dunia

Jumlah kematian rakyat Palestin akibat serangan rejim Zionis Israel ke atas penempatan awam di Semenanjung Gaza kelmarin dan semalam, meningkat kepada 32 orang, termasuk wanita dan 10 kanak-kanak.

Kementerian Kesihatan Semenanjung Gaza – yang ditadbir Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) – berkata, jumlah mereka yang cedera juga meningkat kepada 220 orang.

Pesawat rejim pengganas Israel mula menyerang Semenanjung Gaza lewat malam Isnin lalu secara besar-besaran menerusi operasi ‘Operation Guardians of the Wall’.

Tiga rakyat Israel terbunuh, manakala lebih 31 lagi cedera selepas Briged Izzuddin Al-Qassam, sayap tentera Hamas, melakukan serangan roket ke ibu negara Israel, Tel Aviv awal pagi tadi.

Ketegangan pada mulanya meletus apabila 40 keluarga Palestin di penempatan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis cuba dihalau dari rumah mereka oleh pendatang haram Yahudi yang dibantu askar rejim Israel (IDF) minggu lalu.

Rakyat Palestin mengadakan tunjuk perasaan di sekitar penempatan itu dan Baitulmaqdis sehingga ada laporan mengatakan pertubuhan Zionis akan menyerang Masjid Al-Aqsa.

Ratusan rakyat Palestin kemudian berkumpul di dalam kompleks Haram Al Shariff bagi mempertahankan Masjid Al-Aqsa daripada diceroboh.

Kesempatan itu diambil IDF dan pendatang Yahudi untuk menceroboh kawasan kompleks berkenaan dengan bantuan IDF selain menyerang umat Islam yang beribadat di Masjid Al-Aqsa.

Rejim pengganas Israel menduduki Baitulmaqdis Timur sejak perang Arab-Israel pada 1967, dan mula memperluas penempatan Yahudi secara merampasnya daripada penduduk Palestin pada 1980. – Agensi

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Kesatuan Wartawan bimbang tindakan diambil terhadap pengamal media, tarik pas perakuan
November 10, 2023· Politik
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok