Angka kematian akibat Covid-19 di AS melepasi 700 ribu

October 2, 2021 · Dunia

Kes kematian akibat Covid-19 di Amerika Syarikat (AS) melepasi 700,000 pada Jumaat, ketika suntikan dos penggalak dilancarkan bagi memberi perlindungan kepada warga emas dan petugas yang berdepan risiko jangkitan virus itu.

Negara itu melaporkan rata-rata lebih daripada 2,000 kematian setiap hari selama seminggu terakhir, yang mewakili sekitar 60 peratus daripada kemuncak kes kematian pada Januari, menurut analisis Reuters mengenai data kesihatan awam.

AS masih mendahului negara dunia dalam kes harian dan kematian akibat Covid-19, menyumbang 19 peratus dan 14 peratus daripada keseluruhan jangkitan dan kematian yang dilaporkan di seluruh dunia.

Pada peringkat global, Covid-19 menyebabkan lebih lima juta individu meninggal dunia.

Varian Delta yang sangat mudah menular mendorong peningkatan kes Covid-19 yang memuncak sekitar pertengahan September sebelum jatuh ke tahap semasa sekitar 117,625 kes sehari, berdasarkan purata tujuh hari.

Sementara jumlah kemasukan ke hospital menurun dalam beberapa minggu terakhir, kes di beberapa negeri terutama di selatan AS, melonjak, sekali gus memberi tekanan kepada sistem penjagaan kesihatan.

Walaupun saintis berpuas hati dengan keperluan suntikan penggalak, masih ramai rakyat AS serta penduduk di negara lain belum divaksin.

Sehingga Jumaat, kira-kira 56 peratus penduduk AS melengkapkan vaksinasi, manakala sekitar 65 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos, menurut data Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). – Reuters

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Selepas kalah PRU, PM Thailand janji akan berundur secara baik
May 16, 2023
Indonesia lulus Sinovac untuk kanak-kanak seawal usia 6 tahun
November 1, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok