Ancaman Russia: UK pula kurangkan kakitangan kedutaan di Ukraine

January 24, 2022 · Dunia

United Kingdom (UK) pula mengikut jejak Amerika Syarikat (AS) dengan mengurangkan jumlah kakitangan kedutaannya di Kyiv dan membawa keluar keluarga mereka, susulan peningkatan ancaman daripada penempatan puluhan ribu tentera Russia di sempadan Ukraine.

Walaupun tiada ancaman khusus terhadap diplomatnya, namun separuh daripada kakitangan kedutaan akan pulang ke UK, kata pegawai kedutaan itu.

Semalam, AS mengarahkan keluarga kakitangan kedutaannya di Kyic untuk meninggalkan Ukraine dengan alasan pencerobohan oleh Russia boleh berlaku bila-bila masa.

Russia bagaimanapun menafikan rancangan untuk menceroboh Ukraine walaupun telah menempatkan puluhan ribu anggota tentera, kenderaan berperisai dan pesawat di sempadan negara itu.

Langkah mengurangkan kakitangan kedutaan itu disifatkan sebagai tindakan berjaga-jaga, dan tiada ada insiden khusus yang berlaku dalam tempoh 24 jam yang lalu sehingga membuatkan AS dan UK mengambil keputusan itu.

Tindakan AS dan UK berbeza dengan Kesatuan Eropah (EU) yang mengekalkan jumlah kakitangannya di Ukraine.

Anggota pakatan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) termasuk Denmark, Sepanyol, Bulgaria dan Belanda, menghantar lebih banyak jet pejuang dan kapal perang ke Eropah Timur untuk memperkuat pertahanan di rantau itu.

Dengan anggaran 100,000 tentera Russia kini berada di sempadan dengan Ukraine, ketua NATO memberi amaran terdapat risiko konflik baru di Eropah.

AS juga memberitahu kakitangan yang tidak penting boleh meninggalkan Ukraine, namun menegaskan bahawa langkah itu bukan bererti memindahkan kedutaannya.

Tetapi Jabatan Negara memberitahu agensi berita AFP bahawa jika terdapat pencerobohan Ruasia, ia “tidak akan berada dalam kedudukan untuk memindahkan warga AS”.

Rakyat Amerika juga telah diberi amaran untuk membatalkan hasrat ke Ukraine dan Russia kerana “wujud potensi gangguan” terhadap mereka.

Ukraine berkata adalah “terlalu awal” bagi AS untuk menarik keluar kakitangan kedutaannya sambil menyifatkan keputusan itu sebagai ‘mempamerkan sikap berhati-hati yang berlebihan”. – Agensi

Berita berkaitan
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
Sindiket pelaburan didalangi warga Britain tumpas, 81 individu ditahan
February 22, 2023· Isu semasa
Pengeboman, siren serangan udara permulaan tahun baharu Ukraine
January 2, 2023· Dunia
Tugas berat PM baharu Britain
October 25, 2022· Dunia
Popular
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok