Ancaman Russia: Kanada nasihat elak ke Ukraine jika tak penting

January 17, 2022 · Dunia

Kerajaan Kanada mula menasihatkan rakyatnya supaya mengelak perjalanan tidak penting ke Ukraine susulan peningkatan agresif secara berterusan tentera Russia di dalam dan di sekitar negara itu.

Menteri Luar Melanie Joly akan melawat Kyiv minggu depan untuk menyatakan sokongan Kanada terhadap kedaulatan Ukraine dan memperkukuh usaha menghalang tindakan agresif oleh Russia, kata Ottawa sebelum ini.

“Kami telah mengubah tahap risiko bagi Ukraine. Elakkan perjalanan yang tidak penting berikutan pencerobohan Russia yang berterusan dan peningkatan ketenteraan di dalam dan di sekitar negara itu,” kata kerajaan Kanada dalam nasihat perjalanan yang dikeluarkan.

Moscow telah menempatkan lebih 100,000 tentera berhampiran sempadan dengan Ukraine. Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat menyatakan Russia sedang menyediakan alasan untuk menyerang jika diplomasi gagal mencapai objektifnya.

Populasi besar keturunan Ukraine turut tinggal di Kanada dan berpengaruh dari segi politik, meletakkan garisan tegas terhadap Kremlin sejak Russia menawan Crimea dari Ukraine pada 2014.

Joly akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ukraine Denys Shmyhal sebelum bertemu 200 anggota misi latihan Kanada yang telah berada di negara itu sejak 2015.

Timbalan Menteri Luar Kanada Marta Morgan dan Timbalan Setiausaha Negara AS Wendy Sherman sebelum ini berikrar meneruskan penyelarasan rapat untuk menghalang pencerobohan Russia ke atas Ukraine dan menggesa Kremlin mengendurkan ketegangan, kata jurucakap Jabatan Negara AS.

Dalam temu bual dengan penyiar Kanada CBC yang diterbitkan Ahad, Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Jens Stoltenberg menyifatkan Russia sebagai ‘bertindak ganas’.

Russia menafikan rancangan untuk menyerang Ukraine tetapi berkata Kremlin boleh mengambil tindakan ketenteraan melainkan tuntutannya – termasuk janji oleh NATO untuk tidak pernah mengakui Kyiv – dipenuhi. – Agensi

Berita berkaitan
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
Pengeboman, siren serangan udara permulaan tahun baharu Ukraine
January 2, 2023· Dunia
Enam maut, pesawat tempur Russia rempuh pangsapuri
October 18, 2022· Dunia
Bom, tangki minyak terbakar punca jambatan Russia-Crimea roboh
October 8, 2022· Dunia
Popular
Ombak ganas setinggi 4 tingkat dikesan di laut Pulau Vancouver
February 14, 2022
Mesir hukum mati 12 ahli Ikhwanul Muslimin
June 15, 2021
Malaysia antara 141 negara sokong resolusi PBB kutuk tindakan Russia
March 3, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok