Ancaman Omicron: Australia Barat batal buka sempadan 5 Februari

January 21, 2022 · Dunia

Australia kekal sebagai ‘negara berpecah’ setelah negeri perlombongan paling luas, Australia Barat, membatalkan rancangan untuk membuka semula sempadannya pada 5 Februari, dengan alasan risiko kesihatan daripada lonjakan varian Omicron.

Sementara negeri paling padat penduduk di Australia, New South Wales (NSW) hari ini melaporkan 46 kematian, termasuk seorang bayi, akibat komplikasi Covid-19, terburuk sepanjang rekod penularan wabak itu sejak awal 2020 lalu.

Negeri Victoria pula menyaksikan 20 pesakit meninggal dunia, walaupun kadar kemasukan ke hospital semakin menurun, sekali gus memberi harapan gelombang Omicron bakal berakhir.

Semua negeri dan wilayah, kecuali Australia Barat, telah membuka semula sempadan masing-masing di bawah dasar ‘hidup bersama Covid-19’.

Ketua Menteri Australia Barat Mark McGowan membuat pengumuman mengejut semalam apabila berkata ia akan menjadi tindakan melulu dan tidak bertanggungjawab apabila membuka sempadan ketika jangkitan Omicron merebak.

“Sekiranya kami meneruskan rancangan asal, kami akan sengaja menyemai beribu-ribu kes Covid ke Australia Barat dan pada masa ini bukan itu yang saya akan lakukan,” kata McGowan sembil menjelaskan langkah itu akan diambil sehingga peratusan penerima dos penggalak mencecah 80 peratus.

Beliau berkata pelan awal untuk membuka sempadan dibuat berdasarkan penularan varian Delta yang semakin kurang, bukannya Omicron.

Negeri itu, yang sebesar Eropah Barat dengan populasi hanya 2.7 juta, telah menutup sempadannya kepada semua jirannya dan dunia luar sejak berbulan-bulan lalu, bagi memastikan jumlah jangkitan sentiasa rendah.

Pada masa ini, hanya terdapat 83 kes aktif di negeri ini, berbanding 550,000 di di seluruh Australia, dan hanya sebahagian kecil daripadanya dijangkiti varian Omicron.

Keputusan Australia Barat menimbulkan kemarahan Perdana Menteri Scott Morrison yang telah lama menggesa setiap negeri membuka sempadan mereka dan belajar hidup bersama Covid-19.

“Saya tahu bahawa ramai warga Australia Barat pagi ini akan berasa sangat kecewa dan mereka akan bertanya soalan ‘jika tidak sekarang, bila?’” kata Bendahari Persekutuan Josh Frydenberg kepada Sky News. – Agensi

Berita berkaitan
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Usul pindah RM21 bilion kepada Kumpulan Wang Pembangunan diluluskan
November 30, 2023· Isu semasa
Popular
Masalah kebuluran global terus meningkat
November 8, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok