Ancaman bunuh, kawalan keselamatan terhadap Imran Khan ditingkatkan

May 16, 2022 · Dunia

Kerajaan Pakistan mengeluarkan arahan supaya mempertingkatkan kawalan keselamatan bekas perdana menteri Imran Khan selepas beliau secara terbuka mendedahkan terdapat rancangan untuk membunuhnya.

Arahan itu dikeluarkan Perdana Menteri Shehbaz Sharif kepada Menteri Dalam Negeri Rana Sanaullah Khan dan kerajaan tempatan, menurut pejabat perdana menteri pada Isnin, lapor Bernama.

Seorang ketua pegawai keselamatan juga ditugaskan menjaga keselamatan bekas perdana menteri itu.

Imran, digulingkan menerusi undian tidak percaya di parlimen pada April.

Pada perhimpunan besar-besaran di bandar Sialkot pada Sabtu beliau mendakwa ada konspirasi sedang dirancang di dalam dan luar negara untuk membunuhnya.

Imran mengulangi dakwaan itu pada satu lagi perhimpunan besar-besaran di bandar Faisalabad pada malam Ahad.

Berita berkaitan
Kes rogol dan bunuh kekasih, bekas pengawal keselamatan terlepas hukuman mati
December 15, 2023· Isu semasa
Kes Zayn Rayyan: Bahan bukti ditemui selepas pemeriksaan kali kedua
December 13, 2023· Isu semasa
Kes bunuh teman wanita: Pemandu lori dipenjara 35 tahun, 12 sebatan
November 29, 2023· Isu semasa
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Popular
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok