Anak syarikat Genting bina kapal di Jerman fail notis bankrap

January 11, 2022 · Dunia

Anak syarikat gergasi kasino dan pelancongan Asia, Genting Group, MV Werften, – pembina kapal berpangkalan di Jerman – akan memfailkan petisyen bankrap tatkala pandemik Covid-19 menyelubungi syarikat itu sehingga menghadapi masalah kewangan.

“Petisyen muflis akan diserahkan hari ini,” kata jurucakap MV Werften kepada AFP pada Isnin.

Menurut rekod, Genting Group membeli tiga limbungan kapal di utara Jerman pada Mac 2016 dan mula beroperasi sebagai MV Werften pada Julai.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 28 September 2016 turut melawat MV Werften dan memberi penghormatan kepada komitmen Genting itu sambil berkata pelaburan itu membuka jalan kepada program pembinaan baharu yang mengagumkan.

Mengulas lanjut, jurucakap itu berkata MV Werften mengambil langkah mengisytiharkan bankrap selepas gagal mendapatkan pembiayaan bagi menyiapkan kapal mega “Global One”, yang sudah 80 peratus dalam pembinaan, menurut syarikat itu.

Direka bentuk untuk membawa 5,000 penumpang dalam 2,500 kabin, kapal pesiaran besar itu sepatutnya meninggalkan limbungan pada 2021, tetapi wabak Covid-19 menyebabkan jadual syarikat meleset dan mengurangkan bajetnya.

Kira-kira euro 600 juta diperlukan untuk menyiapkan kapal itu, yang mana pembuat kapal itu telah memohon sokongan daripada kerajaan.

Keputusan untuk mengisytiharkan muflis dibuat selepas perbincangan yang panjang dengan pegawai di mana kedua-dua pihak “jelas tidak menemui titik persamaan”, kata jurucakap itu.

Kapal Global One terletak di Wismar, salah satu daripada tiga limbungan kapal MV Werften di sepanjang pantai Baltik bekas negeri timur Mecklenburg-Western Pomerania, di mana ia menggaji kira-kira 2,000 pekerja.

Pada Jun, kerajaan Jerman mengambil alih saham syarikat itu bernilai euro 60 juta dan menyalurkan pinjaman sebanyak euro 47 juta kepada syarikat itu.

Secara keseluruhannya, kerajaan telah menawarkan sokongan kewangan sekitar euro 300 juta kepada MV Werften sejak awal wabak Covid-19.

“Ia adalah hari gelap untuk pembinaan kapal,” kata Ketua Kesatuan Sekerja IG Metall tempatan, Daniel Friedrich.

Dengan perjalanan masih sangat terhad, terutamanya di Asia, syarikat itu menyaksikan permintaan untuk pembinaan kapal persiaran besar dan kapal layar mega mewah berkurangan.

Menurut laman sesawang MV Werften pada 2016, syarikat itu memperoleh pesanan bagi pembinaan 10 kapal bagi tempoh lima tahun, termasuk kapal persiaran terbesar dari segi kapasiti penumpang ‘Global-Max class’.

Pada 2 Januari 2022, Genting Hong Kong memaklumkan kepada pemegang saham tentang situasi itu.

Syarikat itu berkata wabak yang berterusan, dan khususnya kemunculan varian Delta dan kini Omicron, telah memberi kesan kepada pemulihan operasi pelayarannya.

Genting Hong Kong ialah syarikat induk Crystal Cruises yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), yang beroperasi semula pada musim panas 2021, serta Dream Cruises, yang mengendalikan kapal persiaran pada program terhad dari Singapura, Hong Kong, dan sejak minggu lalu Taiwan, serta Star Cruises, yang baru memulakan pelayaran dari Malaysia. – Agensi

Berita berkaitan
Perbicaraan 1MDB: Saksi beritahu perbincangan atas kapal tiada wakil pegawai kerajaan
January 5, 2024· Isu semasa
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023· Politik
Saksi beritahu Najib terima RM2.08 bilion wang haram daripada Tanore
October 12, 2023· Politik
Kumpulan pemerhati rasuah gesa dedah perjanjian tambahan LCS
October 11, 2023· Isu semasa
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok