Anak PM Fiji ditahan di Australia berhubung keganasan rumah tangga

September 12, 2022 · Dunia

Pihak berkuasa Australia telah menahan anak lelaki Perdana Menteri Fiji, Frank Bainimarama atas tuduhan keganasan rumah tangga.

Ratu Meli Bainimarama, 35, ditahan pada Khamis di Queensland selepas polis New South Wales mengeluarkan waran tangkap terhadapnya, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan, ABC News pada Isnin, menurut Bernama.

Beliau diekstradisi ke New South Wales pada hari yang sama dan akan menghadiri perbicaraan di mahkamah tempatan Parramatta pada akhir minggu ini.

Ratu Meli merupakan anak lelaki tunggal perdana menteri Fiji, dan tinggal di Australia menggunakan visa bukan penduduk tetap.

Polis New South Wales memaklumkan pegawainya telah memulakan siasatan selepas menerima aduan berkaitan dakwaan keganasan rumah tangga.

Berita berkaitan
Sirul dipakaikan peranti pemantauan: Laporan
November 29, 2023· Isu semasa
Najib sekali lagi nafi terlibat pembunuhan Altantuya, selepas pendedahan Sirul
November 26, 2023· Isu semasa
Warga Malaysia ditahan di Melbourne cuba seludup dadah 622 kg
October 13, 2023· Isu semasa
Akauntan ditahan tumbuk bekas isteri, minta hutang RM87 ribu
August 7, 2023· Isu semasa
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok