Anak buang bapa dijangkiti Covid-19

July 29, 2021 · Dunia

Seorang anak perempuan tergamak membuang bapa sendiri, setelah warga emas berusia 80 tahun itu disahkan positif Covid-19.

Kejadian dilaporkan berlaku di daerah Bua Lai, di timur laut wilayah Nakhon Ratchasima,Thailand, tatkala negara itu sedang bergelut menangani peningkatan kes positif susulan penularan varian Delta yag semakin meluas.

Kejadian yang dialami warga emas itu dimuat naik seorang pekerja perubatan Hospital Bua Yai di akaun Facebooknya ketika dia dan pasukannya menemui lelaki itu di tepi jalan setelah menerima maklumat orang ramai di Ban Nong Waeng.

Gambar dimuat naik menunjukkan seorang lelaki terbaring di tepi jalan berhampiran kuil Pa Suan Thamma Sawaddee di kampung berkenaan.

Perkongsian gambar itu disusuli dengan luahan petugas berkenaan yang kesal dengan tindakan wanita terbabit.

Awalnya, wanita terbabit dan suaminya memasuki kuil berkenaan dan memaklumkan kepada ketua sami di situ bahawa bapanya ingin tinggal di kuil itu.

Namun, pasangan itu meninggalkan dengan tergesa-gesa lelaki itu bersama beg pakaiannya.

Warga emas itu memaklumkan dia dibawa oleh anak perempuan dan suaminya dari Lopburi, wilayah tengah Thailand yang bersempadan dengan Nakhon Ratchasima.

Dia kemudian dilaporkan keluar dari kuil untuk pulang ke rumah anaknya, tetapi jatuh di tepi jalan sebelum ditemui orang ramai.

Pihak berkuasa berkata tindakan pasangan berkenaan menimbulkan risiko jangkitan Covid-19 kepada orang lain.

Lelaki tersebut telah disahkan positif Covid-19 setelah ujian saringan dilakukan dan dia telah dibawa ke sebuah hospital di wilayah Khon Kaen.

Semalam, Thailand melaporkan 16,533 jangkitan baharu dikesan dalam tempoh 24 jam menjadikan keseluruhan kes, sejak wabak itu menular tahun lalu, kepada 543,361.

Pasukan Petugas Covid-19 Thailand juga melaporkan 133 kematian baharu, menjadikan jumlah mereka yang maut akibat virus itu meningkat kepada 4,397 pesakit sejak Mac tahun lalu.

Penularan Covid-19, terutama varian Delta meletakkan Thailand pada tahap yang membimbangkan kerana hampir seminggu negara itu melaporkan jangkitan harian melebihi 10,000 kes. – Agensi

Berita berkaitan
Ejen produk kosmetik yang diculik berjaya diselamatkan: Polis
September 30, 2022· Isu semasa
Bajet 2023 kekal fokus bina semula, kukuhkan ekonomi
September 29, 2022· Isu semasa
Semakan keperluan pemakaian pelitup muka dalam kapal terbang
September 29, 2022· Isu semasa
Apa jasa Zahid pulihkan negara selain desak PRU awal dan jatuhkan kerajaan?
September 29, 2022· Politik
Popular
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
September 30, 2022
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022
Yusuf Qaradawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 96 tahun
September 26, 2022
Lagi Dunia terkini
23 pelajar sedang duduki ujian ke universiti maut serangan bom
September 30, 2022 · Dunia
Rizab gas dimiliki Rusia selama 62 tahun
September 29, 2022 · Dunia
Mahkamah Tentera Myanmar hukum penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
September 29, 2022 · Dunia
Rakyat Kuwait mula mengundi pilih Parlimen baharu
September 29, 2022 · Dunia
Taufan Ian, ribut paling kuat landa AS rempuh Florida awal pagi tadi
September 29, 2022 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
16 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok