Anak bekas Presiden Soekarno meninggal akibat Covid-19

Ahli politik terkenal Rachmawati Soekarnoputri anak ketiga bekas Presiden pertama Indonesia Soekarno, meninggal dunia selepas seminggu dimasukkan ke hospital tentera akibat jangkitan Covid-19.

Adik bongsu bekas Presiden Megawati Soekarnoputri itu dimasukkan ke Hospital Tentera Gatot Soebroto pada 26 Jun lalu dalam keadaan kritikal dan menghembuskan nafas terakhir jam 6.15 pagi tadi.

Berusia 70 tahun menyertai Parti Gerakan Indonesia Besar (Gerindra) sementara Megawati adalah pemimpin Parti Demokratik Perjuangan Indonesia (PDI-P). Kedua-duanya membesar di Istana Presiden ketika Allahyarham bapa mereka menjadi presiden.

Menteri Pelancongan, Sandiaga Salahuddin Uno berkata Indonesia baharu saja kehilangan salah satu wanita terbaiknya iaitu Rachmawati Soekarnoputri. – Agensi

BERITA BERKAIT
POPULAR