Amerika usir 10 diplomat Russia

April 16, 2021 · Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani perintah eksekutif yang mengenakan sekatan baharu terhadap Russia, dan mengusir 10 diplomat negara itu dari AS.

Tindakan itu dibuat sebagai langkah tindak balas terhadap kempen penggodaman besar-besaran Russia yang boleh menjejaskan agensi persekutuan AS serta dakwaan campur tangan ketika pilihan raya presiden.

Sekatan itu yang telah dibayangkan sejak beberapa minggu lalu, adalah tindak balas pertama terhadap Kremlin susulan penggodaman tahun lalu yang dikenali sebagai serangan SolarWinds.

Dalam pencerobohan itu, penggodam Russia dipercayai telah menjangkiti perisian yang digunakan secara meluas dengan kod berbahaya, membolehkan mereka mengakses rangkaian sekurang-kurangnya sembilan agensi persekutuan AS, dalam apa yang dipercayai sebagai operasi pengumpulan maklumat bertujuan mengutip rahsia kerajaan.

Selain penggodaman itu, pegawai AS menuduh Presiden Russia Vladimir Putin membenarkan operasi khas membantu bekas Presiden AS, Donald Trump dalam usahanya untuk dipilih semula sebagai presiden.

Russia bagaimanapun menafikan terbabit dalam SolarWinds dan pilihan raya presiden AS.

Rumah Putih dalam kenyataan hari ini berkata, hukuman yang dikenakan itu juga disebabkan tindakan Russia cuba melemahkan keselamatan wilayah dan negara yang AS mempunyai kepentingan.

Pentadbiran Biden juga merujuk kepada penilaian Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang mendakwa Russia membayar militan Taliban untuk membunuh askar AS di Afghanistan.

Langkah yang diumumkan hari ini termasuk mengenakan sekatan terhadap enam syarikat Russia yang menyokong aktiviti siber negara itu, selain sekatan ke atas 32 individu dan entiti yang dituduh cuba campur tangan dalam pilihan raya presiden AS.

Kenyataan Rumah Putih berkata, 10 diplomat yang diusir itu mewakili agensi perisikan Russia. – Agensi

Berita berkaitan
Anwar sahkan akan hadir ke sidang APEC walaupun digesa boikot
November 7, 2023· Isu semasa
PAS anjur perhimpunan hujung minggu ini tak larang laungan takbir: Laporan
October 23, 2023· Politik
Tiada liputan PMX berlepas ke UAE oleh media arus perdana?
October 5, 2023· Politik
Wartawan tanya lain tapi PMX jawab benda lain, melilau bagi jawapan
October 4, 2023· Politik
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok