Amerika sahkan pembunuhan pemimpin utama Al Qaeda

August 2, 2022 · Dunia

Seorang pemimpin utama kumpulan pengganas disahkan terbunuh dalam satu serangan, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden.

Biden memberitahu media tentera AS berjaya membunuh Ayman al Zawahiri, individu dikehendaki dalam senarai pengganas selepas satu serangan udara menggunakan dron dilancarkan pada Sabtu.

“Pada hari Sabtu, atas arahan saya, Amerika Syarikat berjaya menjalankan operasi serangan udara di Kabul Afghanistan dan membunuh Emir Al Qaeda, Ayman al Zawahiri,” umum Biden di Rumah Putih.

Tentera Amerika melakukan serangan dron tepat ke atas pemimpin Al Qaeda di Kabul, Afghanistan, kata Biden, selepas pihak perisikan AS mengesan Zawahiri awal tahun ini.

Biden berkata serangan tersebut tidak membawa kepada korban awam.

Jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid, juga mengesahkan dalam akaun Twitter serangan tersebut.

“Serangan udara telah berlaku ke atas sebuah rumah kediaman di kawasan Sherpur di bandar Kabul pada Ahad lalu,” kata Mujahid dalam ciapannya.

Al Zawahiri menggantikan Osama bin Laden sebagai pemimpin utama kumpulan itu pada Jun 2011 selepas Osama dibunuh tentera AS.

FBI menyenaraikan Al Zawahiri sebagai “pengganas paling dikehendaki,” ekoran pembunuhan warga AS di luar Amerika Syarikat.

Biden menggelar Zawahiri sebagai individu “nombor dua” dalang semasa serangan pengganas 911 dan “dalang” di sebalik serangan terhadap rakyat Amerika “selama beberapa dekad.”

Zawahiri juga didakwa atas dakwaan peranannya dalam pengeboman 7 Ogos 1998, Kedutaan Amerika Syarikat di Dar es Salaam, Tanzania, dan Nairobi, Kenya, menurut notis dikehendaki FBI.

Biden berkata serangan kedutaan itu membunuh 224 orang dan mencederakan 4,500 yang lain.

Zawahiri juga dipercayai telah merancang pengeboman USS Cole pada tahun 2000 di mana 17 kelasi AS terbunuh.

Berita berkaitan
Ringgit menyusut, menghampiri paras RM4.70 berbanding dolar
September 20, 2023· Isu semasa
Dron tidak dibenarkan penggunaan sebelum dan pada sambutan Hari Kebangsaan
August 29, 2023· Isu semasa
Undi awal tentera dan polis hari ini
August 8, 2023· Politik
Ringgit kembali susut kepada 4.6630 : laporan
July 6, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Mangsa maut gempa bumi di Maghribi cecah 2,800 orang
September 12, 2023 · Dunia
Suhu dunia rekod hari paling panas
July 5, 2023 · Dunia
Gunung Semeru di Indonesia meletus, muntahkan abu
June 22, 2023 · Dunia
Letusan gunung berapi di Filipina punca penduduk jatuh sakit
June 19, 2023 · Dunia
Suhu bumi paling panas direkodkan awal Jun
June 16, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok