Amerika hantar bantuan $100 juta Covid-19 ke India

April 29, 2021 · Dunia

Kerajaan Amerika Syarikat menyalurkan bantuan bernilai $100 juta kepada India bagi membantu rakan sejawatnya itu dalam membendung wabak Covid-19 yang sedang melanda teruk negara itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan Rumah Putih, bantuan segera itu disalurkan dalam bentuk barangan bantuan bagi membantu kerajaan India dalam menghadapi gelombang baharu Covid-19 di negara itu dan dijangka tiba pada Khamis ini.

Antara bekalan yang diterbangkan ke India adalah bahan oksigen, peralatan pelindung diri, bekalan pembuatan vaksin dan kit ujian pantas (RTK) Covid-19.

Kerajaan Amerika juga menjanjikan bantuan kesihatan awam dan menghantar pakar mereka untuk “bekerjasama dengan pakar India dalam bidang berikut: makmal, pengawasan dan epidemiologi, bioinformatik, pencegahan dan kawalan jangkitan, pengagihan vaksin, dan risiko komunikasi.”

Gelombang kedua Covid-19 yang menular negara itu menyaksikan sekurang-kurangnya 300,000 orang positif setiap hari selama tujuh hari berturut-turut.

Pada Rabu sahaja, Kementerian Kesihatan India melaporkan 360,960 kes baharu dalam tempoh 24 jam – tertinggi di dunia dalam sehari – menjadikan jumlah mereka yang dijangkiti menghampiri angka 18 juta.

Dalam tempoh semalam juga, 3,293 pesakit meninggal dunia, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian sebanyak 201,187.

Sepuluh negeri di India mencatatkan 74 peratus daripada kes, termasuk dua negeri paling teruk iaitu Maharashtra dan New Delhi yang kini dikenakan perintah berkurung.

Di ibu negara, New Delhi, tempat letak kereta kini sudah ditukar menjadi tempat pembakaran mayat, dan peningkatan jumlah kematian menyebabkan kayu untuk membakar mayat juga semakin berkurangan.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), India mencatatkan 38 peratus daripada 5.7 juta kes yang dilaporkan di seluruh dunia minggu lalu.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
17 jam lalu· Isu semasa
Kes baharu Covid-19 seluruh negara catat peningkatan
December 17, 2023· Isu semasa
Saksi kes 1MDB Najib positif Covid-19, perbicaraan disingkatkan
December 15, 2023· Isu semasa
Jumlah kes Covid-19 aktif setakat ini 20,017
December 11, 2023· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok