Al-Qassam tetap siap siaga walau rejim Israel setuju gencatan senjata

May 21, 2021 · Dunia

Sayap tentera Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), Briged Izzuddin Al-Qassam, mengumumkan kumpulan pejuang bersetuju dengan gencatan senjata setelah rejim Zionis Israel menerima inisiatif dikemukakan Mesir.

Jurucakap Al-Qassam, Abu Obaidah berkata komitmen rejim Israel untuk menerima gencatan senjata itu menentukan masa depan inisiatif diusahakan oleh Mesir itu.

“Kami dengan jelas menegaskan bahawa kami telah membuat persediaan serangan yang akan meliputi seluruh wilayah Palestin dari Haifa hingga Ramon.

“Tetapi kami menerima gencatan senjata untuk memantau tingkah laku rejim Israel mulai jam 2 pagi Jumaat,” katanya sambil menegaskan bahawa komitmen rejim Israel terhadap gencatan senjata itu akan menentukan tindakan selanjutnya oleh kumpulan pejuang.

Katanya, kepemimpinan rejim Zionis Israel berdepan dengan ujian.

Abu Obaidah menegaskan pembabitan kumpulan pejuang Palestin dalam pertempuran sejak 10 Mei lalu bertujuan mempertahankan tanah suci Baitulmaqdis.

Sementara itu akhbar Israel, Haarets, berkata tentera rejim Zionis kagum dengan keupayaan dan kekuatan Hamas serta kumpulan pejuang Palestin yang lain dalam melancarkan serangan roket walaupun diserang bertalu-talu.

Memetik sumber, Haarets melaporkan pegawai tinggi tentera rejim Israel berkata, peluru berpandu dan pelantar pelancar roket di Semenanjung Gaza adalah cabaran terbesar bagi tentera Israel.

Sumber terbabit mengakui Al-Qassam dan kumpulan Jihad Islam mempunyai banyak peluru berpandu dan roket dengan jarak yang berbeza.

Ketegangan memuncak susulan keputusan mahkamah rejim Zionis membuat keputusan mengusir kira-kira 40 keluarga rakyat Palestin dari tanah dan rumah mereka di penempatan Sheikh Jarrah, Baitulmaqdis Timur.

Tunjuk perasaan diadakan di penempatan Sheikh Jarrah dengan askar dan polis rejim Israel bertindak ganas, sehingga demonstrasi merebak ke Baitulmaqdis, khususnya di pekarangan Masjid Al-Aqsa pada penghujung Ramadan lalu.

Ribuan penunjuk perasaan Palestin yang beribadat pada malam-malam terakhir Ramadan di Masjid Al-Aqsa diserang oleh pasukan keselamatan rejim Israel serta pendatang haram Yahudi, sehingga Al-Qassam memberi amaran akan bertindak tegas jika askar rejim tidak meninggalkan Masjid Al-Aqsa.

Kegagalan rejim Zionis berbuat demikian menyebabkan Briged Al-Qassam melancarkan serangan roket ke arah penempatan haram rejim Israel dan pendatang Yahudi yang kemudian dibalas oleh serangan udara besar-besaran tentera Zionis.

Sepanjang tempoh 11 hari itu, sekurang-kurangnya 232 rakyat Palestin, termasuk 65 kanak-kanak, terbunuh dalam serangan udara besar-besaran rejim Zionis ke atas Semenanjung Gaza dan Tebing Barat. Di pihak Israel, 12 orang terbunuh termasuk dua kanak-kanak.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula melaporkan sekurang-kurangnya 75,000 rakyat Palestin hilang tempat tinggal susulan serangan berterusan rejim pengganas Israel ke atas Semenanjung Gaza. – Agensi

Berita berkaitan
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Kesatuan Wartawan bimbang tindakan diambil terhadap pengamal media, tarik pas perakuan
November 10, 2023· Politik
Popular
Bolehkah RUU GEG kekang empayar vape bernilai berbilion ringgit?
December 23, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok