Al Jazeera kutuk pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh oleh Israel

May 12, 2022 · Dunia

Rangkaian media Al Jazeera mengutuk pembunuhan pewartanya Shireen Abu Akleh, apabila tentera penceroboh Israel melepaskan tembakan ke arahnya pada pagi Rabu ketika beliau membuat liputan mengenai serbuan tentera Israel di bandar Jenin di wilayah penempatan di Tebing Barat.

Dalam satu kenyataan, Al Jazeera berkata:

“Dalam insiden pembunuhan terang-terangan, yang melanggar undang-undang dan norma antarabangsa, pasukan penceroboh Israel membunuh wartawan Al Jazeera di Palestin, Shireen Abu Akleh, menyasarkan tembakan ke arahnya awal pagi ini, Rabu, Mei 11, 2022, semasa beliau menjalankan tugas kewartawanannya, dengan memakai jaket media yang jelas menunjukkan beliau seorang wartawan, membuat liputan pasukan penceroboh Israel yang menyerbu kem pelarian Jenin di Tebing Barat”, lapor agensi berita Qatar (QNA).

Kenyataan itu menambah “Rangkaian Media Al Jazeera mengecam jenayah kejam itu, yang bertujuan menghalang media daripada menjalankan tugas mereka.

“Al Jazeera menggesa kerajaan Israel dan pasukan pencerobohnya bertanggungjawab atas pembunuhan Shireen. Ia juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengutuk dan memaksa tentera penceroboh Israel bertanggungjawab atas pembunuhan Shireen,” tambahnya.

Pihak berkuasa Israel juga bertanggungjawab menyasarkan penerbit Al Jazeera Ali al-Samudi, yang turut ditembak di belakang ketika membuat liputan insiden yang sama, dan kini sedang menjalani rawatan, menurut kenyataan itu yang dipetik Bernama.

Shireen, 51, berasal dari Bethlehem, tetapi dibesarkan di Baitulmaqdis, menurut QNA.

Beliau pada mulanya belajar seni bina di Universiti Sains dan Teknologi Jordan, kemudian bertukar ke bidang kewartawanan dan memperoleh ijazah sarjana muda dari Universiti Yarmouk di Jordan. Selepas menamatkan pengajian, Shireen kembali ke Palestin dan bekerja di beberapa stesen seperti UNRWA, Radio Suara Palestin, Saluran Satelit Amman, Yayasan Miftah, dan Radio Monte Carlo.

Pada 1997, beliau menyertai saluran satelit Al Jazeera dan bertugas dengannya sehingga hari ini.

Berita berkaitan
Tembak isteri sehingga maut, seorang anggota polis direman tujuh hari
March 6, 2023· Isu semasa
Bekas isteri dalam kejadian tembak warga Malaysia di Betong ditahan
February 18, 2023· Dunia
Polis siasat video tular lagu kebangsaan dikibar bersama bendera Israel
December 1, 2022· Isu semasa
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
November 30, 2022· Politik
Popular
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
March 31, 2023
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023
Lagi Dunia terkini
AS tuduh penyanyi rap The Fugees terlibat lobi haram dengan Jho Low
3 jam lalu · Dunia
FIFA batal Indonesia tuan rumah Piala Dunia B-20 kerana Israel
March 30, 2023 · Dunia
20 jemaah umrah maut, 29 cedera bas terbalik, terbakar
March 28, 2023 · Dunia
Kes 1MDB: Mahkamah lucut hak AS$35.1 juta terhadap Roger Ng
March 25, 2023 · Dunia
Asteroid hampir sebesar padang bola lintasi bumi esok: NASA
March 24, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok