Aktiviti luar biasa tentera Russia di sempadan Ukraine meningkat

November 15, 2021 · Dunia

Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menggesa Russia mengurangkan ketegangan setelah mendapati terdapat peningkatan aktiviti luar biasa ketenteraan di sekitar sempadan dengan Ukraine.

“Apa yang kita lihat di dalam dan sekitar Ukraine sekarang ialah peningkatan aktiviti tentera Russia yang besar,” kata Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg kepada wartawan setelah bertemu Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba di Brussels, hari ini.

“Kami melihat penumpuan tindakan yang luar biasa, dan kami juga tahu bahawa Russia telah menunjukkan kedua-dua kemahuan dan keupayaan itu untuk menggunakan kekuatan tentera terhadap Ukraine,” katanya.

Menyuarakan sokongan NATO kepada Ukraine, Stoltenberg menggesa Russia untuk ‘telus’ dalam aktiviti ketenteraannya, mengurangkan dan mencegah sebarang peningkatan ketegangan ke dua-dua negara.

Beliau berkata NATO tidak akan menerima dan menolak sebarang pencerobohan ke atas Ukraine.

Kuleba pula mengesahkan bahawa keadaan keselamatan di Ukraine semakin merosot sejak ‘Russia menunjukkan bahawa ia boleh mengaktifkan tentera dan peralatan yang sudah dikumpul dengan cepat’.

“Setiap pilihan, termasuk tindakan ketenteraan berada di atas meja pemimpin Russia sekarang,” katanya, tetapi menambah bahawa masih terlalu awal untuk memutuskan tujuan peningkatan ketumbukan tentera di sempadan Ukraine.

Pegawai Kesatuan Eropah (EU), selain Jabatan Pertahanan United Kingdom dan Amerika Syarikat minggu lalu memberi amaran situasi berbahaya setelah Russia menggerakkan kira-kira 90,000 anggota tenteranya berhampiran Ukraine.

Tindakan terbaharu Kremlin sekarang adalah sama dengan aktiviti ketenteraan pada musim bunga yang disifatkan oleh Stoltenberg sebagai “penghimpunan terbesar tentera Russia sejak pencerobohan haram Crimea pada 2014”.

Russia menawan dan menduduki Crimea daripada Ukraine pada 2014 dan mengekalkan pemimpin de facto di wilayah berkenaan.

Pada tahun itu, Moscow mula memberi bantuan kepada kumpulan pemisah di timur Ukraine yang menentang Kerajaan Pusat – polisi yang kekal sejak tujuh tahun lalu.

Untuk rekod, pesawat Malaysia Airline MH17 dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di ruang udara timur Ukraine pada 17 Julai 2014. Semua 298 penumpang, sebahagian besarnya rakyat Belanda serta anak kapal terbunuh.

Empat suspek dikenal pasti sebagai perancang utama insiden itu, lapor Pasukan Penyiasat Bersama Antarabangsa (JIT) yang menyiasat tragedi berkenaan.

Mereka ialah Igor Gerkin, Sergey Dubinsky, Oieg Pulatov dari Russia manakala Leonid Kharchenko, seorang warganegara Ukraine. Semuanya bekerja untuk agensi perisikan tentera (GRU) puak pemisah Republik Rakyat Donetsk (PDR) ketika kejadian. – Agensi

Berita berkaitan
Russia hantar Soyuz MS-23 untuk selamatkan kru terkandas di ISS
February 24, 2023· Dunia
Turkiye kutuk keputusan benarkan bakar Al-Quran di Eropah
January 22, 2023· Dunia
Pengeboman, siren serangan udara permulaan tahun baharu Ukraine
January 2, 2023· Dunia
Enam maut, pesawat tempur Russia rempuh pangsapuri
October 18, 2022· Dunia
Popular
Harimau Malaya terkam pembersih Zoo Naples AS ditembak mati
December 30, 2021
Korea Selatan, AS dan Jepun mahu ambil tindakan terhadap Korea Utara
September 2, 2022
Dolar AS menjulang ke paras tertinggi dua dekad, OPR naik
September 22, 2022
Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok