Aksi United, Liverpool batal selepas penyokong masuk padang

May 3, 2021 · Dunia

Aksi Liga Perdana Inggeris antara Manchester United dan musuh tradisinya, Liverpool yang dijadual lewat malam tadi ditangguhkan ke satu tarikh lain, kata penganjur susulan tindakan penyokong United menyerbu masuk ke padang.

“Berikutan pelanggaran keselamatan di Old Trafford, perlawanan antara Manchester United dan Liverpool ditangguhkan.

“Ini adalah keputusan kolektif dari polis, kedua-dua kelab, Liga Perdana dan pihak berkuasa tempatan,” kata penganjur Liga Perdana Inggeris dalam kenyataan awal pagi ini.

Penganjur menghormati perasaan peminat namun keselamatan lebih diutamakan. Kami mengecam tindakan keganasan, melakukan kerosakan dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19, kata kenyataan itu.

Terdahulu, peminat MU menyerbu masuk ke padang, sementara ribuan lagi berkumpul di luar Stadium Old Trafford mendesak pemilik MU, keluarga Glazer, menjual kelab itu.

Kemarahan yang telah lama meluap terhadap keluarga Glazer meledak setelah pemilik MU turut menjadi salah satu kumpulan yang bersetuju membentuk Liga Super Eropah.

Keluarga Glazer yang turut memiliki kelab Tampa Bay Buccaneers yang beraksi dalam Liga Bolasepak Nasional (NFL) Amerika Syarikat, enggan bertemu peminat sejak membeli United pada 2005.

Jika United kalah pada perlawanan yang dirancang malam tadi, Manchester City pastinya akan bergelar juara Liga Perdana. – Agensi

Berita berkaitan
Kecundang 4-0 kini United berdepan kritikan hebat bekas pemain
August 14, 2022· Dunia
Liverpool mara ke final Liga Juara UEFA
May 4, 2022· Dunia
Jurgen Klopp sambung kontrak dengan Liverpool sehingga 2026
April 30, 2022· Dunia
Najib tutup TV awal selepas United kena belasah 5-0
October 25, 2021· Isu semasa
Popular

Sorry. No data so far.

Lagi Dunia terkini
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023 · Dunia
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok