Ajar rejim Israel dengan cara lebih keras, kata Presiden Turki

May 13, 2021 · Dunia

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan berkata, idea untuk membentuk kekuatan antarabangsa bagi melindungi rakyat Palestin daripada pencerobohan dan kekejaman rejim Zionis Israel, mesti diusahakan.

Menyeru masyarakat antarabangsa untuk memberi pengajaran dengan cara yang lebih ‘keras’ kepada rejim Israel, Erdogan berkata Turki telah menyuarakan reaksi tegas terhadap serangan rejim itu ke atas Baitulmaqdis, Semenanjung Gaza, Masjid Al-Aqsa dan rakyat Palestin.

Beliau menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk campur tangan dalam isu itu dan memberi amaran keras kepada Israel supaya berhenti menyerang rakyat Palestin sebelum krisis menjadi lebih buruk.

Erdogan percaya Turki dan Russia akan memainkan peranan mengetengahkan isu itu di PBB. Terdahulu beliau berbual menerusi telefon dengan Presiden Russia, Vladimir Putin.

Sekurang-kurangannya 56 rakyat Palestin, termasuk 14 kanak-kanak dan wanita terbunuh, manakala 300 lagi cedera dalam serangan berterusan pesawat rejim Israel, sejak dua hari lalu ke atas Semenanjung Gaza – wilayah yang ditadbir Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Enam penduduk Israel, termasuk dua anggota tenteranya turut terbunuh, manakala 45 lagi cedera dalam serangan roket pejuang Palestin.

Ketegangan memuncak sejak minggu lalu apabila mahkamah Israel memerintahkan pengusiran 40 keluarga rakyat Palestin dari tanah dan rumah mereka di penempatan Sheikh Jarrah di Baitulmaqdis Timur, untuk membolehkan rejim Israel membina penempatan Yahudi. – Agensi

Berita berkaitan
Senjata api dimiliki warga Israel dibekal warga tempatan: Polis
March 30, 2024· Isu semasa
Lelaki dalam video tular sokong Israel ditahan polis
December 7, 2023· Isu semasa
Armada Bersatu gesa siasat video warga Malaysia dengan pembantu PM Israel
December 5, 2023· Isu semasa
Konflik Gaza: Angka korban mangsa kekejaman Zionis meningkat 14,532 orang
November 23, 2023· Dunia
Popular
Aktiviti Ramadan kembali hidup di Masjidil Haram, Masjid Nabawi
April 2, 2022
Singapura beri amaran kesan buruk, eraksi berpanjangan kopi Pejuang
May 26, 2022
Lagi Dunia terkini
Ancaman Israel guna senjata nuklear dikecam negara-negara Arab
November 6, 2023 · Dunia
Israel melakukan jenayah perang, dakwa Menteri Luar Jordan
November 6, 2023 · Dunia
Internet dan telefon tidak dapat diakses di utara Semenanjung Gaza: Laporan
October 30, 2023 · Dunia
Letupan bom dan insiden berbalas tembakan di Tak Bai
October 21, 2023 · Dunia
Akibat bom tentera Israel, lebih 40 ribu warga Palestin hilang tempat tinggal
October 9, 2023 · Dunia
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok